Tuesday, June 30, 2009

IPK kohort 10

Tahniah dan selamat datang kepada pelajar baru IPK Kohort 10.
Seramai 50 orang pelajar baru mendaftar dengan azam sebagai bakal pemimpin pendidikan yang berkaliber pada masa hadapan. Semoga mereka berjaya mengharungi cabaran IPK2009. Cabaran 2009 mungkin berbeza dengan cabaran 2008. Cuma jangan tugasan 2008 sama mutu dan kualitinya dengan 2009 ..sudah la.
Saya agak terkilan memikirkan nasib rakan-rakan NPQH kohort 11 yang gagal masuk ke IPK kerana ketegasan KPM dalam melaksanakan "syarat umur bawah 40 tahun". Tahun ini syarat berkenaan dilanggar sewenang-wenang oleh pihak yang membuat keputusan. Persoalan timbul bagaimana nasib NPQEL kohort 2 yang akan mendaftar di IAB sikit masa nanti. Adakah mereka akan menjadi nasib seperti kohort 11(NPQH) atau kohort 1 (NPQEL). Sukar diduga akibat ketidaktekalan pihak KPM.
SPI yang ada harus dijadikan panduan. Tetapi untuk siapa?
Namun ahli-ahli kohort 9 diucapkan tahniah kerana kita hanya membilang hari untuk menerima sijil masing-masing. 26 orang yang didik di IPK semoga dapat membentuk identiti yang berkualiti selaras dengan Mprinc.
Tahniah buat dua rakan yang akan menyambungkan pelajar ke peringkat Phd. Semoga anda berjaya mengharungi cabaran berkenaan. Saya hanya mampu memandang dengan cemburu tanpa mampu mengikuti jejak berkenaan.
Selamat berjaya IPK kohort 9 dan rakan NPQH Kohort 11!

3 comments:

  1. Ye lah...peraturan yang di buat oleh manusia akan mudah lentur dan boleh berubah...mengikut terma "atas kepentingan tertentu" atau "syarat dengan kebenaran Ketua Perkhidmatan Awam" maka lepas la mereka dan dapat menikmati duit cukai yang kita sumbangkan untuk mereka menyambung pengajian. Semuga mereka menghargai peluang yang diberikan oleh kerajaan dan tak ceduk hasil senior atau copy paste projek orang lain. Saya fikir kita usah bagi mereka jambatan untuk berbuat demikian (maksudnya jangan bagi hasil tugasan lalu)...jika tidak kita bersubahat kerana menyediakan bahan untik sedia di copy...fikir-fikirkan...

    ReplyDelete
  2. Apa hal dengan kohort 10, belum apa2 dah nak copy asgment senior. Apa pandangan anda?

    ReplyDelete
  3. Apa yang anda pelajari? Manusia adalah berbeza. Janganlah kita nanti masuk kelas dan guna microphone untuk mengajar kerana murid-murid kita juga berbeza.

    ReplyDelete