Thursday, May 28, 2009

Sejenak di IAB

Majlis komensmen telah berlalu...Dr Khair Mohammad Yusof selaku pengarah IAB telah mengumumkan NPQH kohort 11 diberikan taraf PTK. Ramai yang teruja nak melihat keputusan PTK yang dianggap telah menguji pencapaian, kebolehan dan kemahiran sepanjang di IAB. Keputusannya...boleh teka la. Kalaulah kita masih dibangku sekolah pasti emak dan ayah "naik angin" tengok gred cam tu...macam orang tak belajar. Apa pun timbul satu persoalan buat group..studi senyap2 (walaupun bising)....bincang bagai nak rak..awat tak score?????????????? salah soalan ke?...salah jawapan ??? atau..perbuatan itu yang salah???..lu pikir la sendiri!

Komensmen

Tahniah kohort 11




Antara pasangan yang hadir...apo dibincang tu??





mantan penghulu kohort...
lepas ni nak jadi tok penghulu mane pulak??

2 naser...


bersedia lambung riben merah...dah sah graduan NPQH
bakal pemimpin sekolah...ada gaya tak?

depan kelas...ceria





Saturday, May 23, 2009

Kesan Bunyi...

Buat bakal pengetua..adakah mungkin pengetua boleh disaman kerana tidak membuat langkah-langkah berjaga-jaga atas isu ini:

KAJIAN mendapati bunyi siren, hon kereta dan aliran trafik dalam tempoh yang lama di luar rumah atau sekolah boleh menyebabkan seseorang menghadapi risiko tinggi diserang sakit jantung. Hasil kajian penyelidik Sweden itu pastinya memberi kesan kepada pelajar sekolah di bandar yang sentiasa terdedah kepada fenomena itu setiap hari.
Kajian itu turut mendedahkan mereka yang menghadapi kebisingan jalan raya pada tahap 50 desibel secara kerap mempunyai risiko mendapat serangan jantung sebanyak 40 peratus.

Selain itu, kajian Universiti Putra Malaysia (UPM), mendapati seseorang yang terdedah kepada paras bunyi melebihi 90 dBA secara berterusan selama lapan jam setiap hari, mungkin hilang pendengaran seperti pekerja kilang yang menggunakan mesin dan mendengar muzik di disko.

Wednesday, May 20, 2009

cetusan rasa...

Kemerdekaan, kemakmuran dan keamanan negara kita bukan suatu yang wujud dengan tiba-tiba. Situasi ini, kita bersama-sama wujudkan dengan memberikan komitmen dan bertindak secara rasional serta tolak ansur. Kemerdekaan dan kemakmuran negara kita harus dipertahankan oleh semua warga Malaysia tanpa mengira idelogi politik, kaum, agama atau apa saja.

Bukan niat untuk berceloteh tetapi saya tertarik dengan kupasan Datuk Ruhanie Ahmad tentang Hindraf dalam blognya (kuda kepang). Isu ini boleh dikaitkan dengan pertelingkahan etnik di beberapa negara seperti Sri Lanka atau Bosnia.

Peristiwa perang saudara di Sri Lanka merupakan pengajaran berguna kepada kita. Tiada gunanya kita berjuang dan menindas orang lain sedangkan akhirnya negara kita miskin, porak peranda dan tidak aman. Perjuangan kaum Tamil di Sri Lanka melalui LTTE selama 30 tahun berkubur dengan kekalahan teruk dalam perang berkenaan. Kematian pemimpin utamanya iaitu Prabhakaran merupakan suatu tamparan besar kepada pergerakan berkenaan.

Bagi saya, perjuangan Hindraf harus memikirkan situasi di Malaysia. Tiada penindasan kaum di Malaysia. Isu yang timbul ialah rakyat Malaysia harus berani dan bijak menilai pemimpin atau parti pemerintah. Jangan nostalgia menjadi ukuran. Jika sesuatu pemimpin tidak layak maka rakyat mesti berani membuat perubahan. Agak malang jika wujud kumpulan yang radikal dan mahu mewujudkan ketegangan kaum di negara ini. Hayati erti perpaduan kaum, kemerdekaan dan kemakmuran.

Monday, May 18, 2009

Ulam

Ulam buat awet muda dok tengah tension siapkan projek...

PENGGEMAR ulam tentunya tiada masalah menjamah pelbagai sayuran hijau sebagai pembuka selera.Ulam-ulaman memiliki pelbagai khasiat seperti timun, ulam raja, lobak merah, kacang botol malah cekur yang dijadikan sebahagian rencah masakan. Timun antara ulaman yang cukup mudah dijamah dan mempunyai pelbagai khasiatnya. Berasal dari India dan ditanam kira-kira 3,000 tahun lalu, timun berupaya mengekalkan kandungan alkali dalam darah tubuh.Disebabkan kandungan asidnya tinggi, timun membantu rawatan gastrik menerusi pengambilan jusnya. Malah, campuran jusnya bersama beberapa bahan lain membantu masalah berkaitan asid urik seperti gout dan artritis.

Timun membantu penghadaman dan membersih bahagian usus.
Malah, timun digunakan untuk rawatan kecantikan terutama masalah jerawat, bintik hitam, kedutan dan kulit yang kering.Selain kandungan lembapan yang tinggi (kira-kira 96.3 peratus lembapan bagi 100 gram), timun mempunyai protein, mineral, serat, karbohidrat, kalsium, fosforus, besi, vitamin A serta vitamin C. Menikmati timun dengan membuang kulitnya bukan idea yang baik kerana ia mengandungi bahan sterol untuk merendahkan tahap kolesterol manakala kulit timun banyak mengandungi sterol.
Ulam raja bukan saja enak dicicah sambal belacan, tempoyak atau budu, malah kaya dengan protein, karbohidrat, vitamin A dan kalsium.Tumbuhan yang berasal dari Amerika Latin ini mengeluarkan bau apabila daunnya diramas, tetapi ada yang gemar bau itu kerana ia pembuka selera.Ulam raja digunakan untuk memperbaiki peredaran darah serta menguatkan tulang di samping antioksida yang sangat tinggi.Biasanya pucuk atau daunnya yang muda dimakan dan ia boleh dicampur dengan ulaman lain dalam ramuan nasi ulam.Di samping beberapa jenis vitamin seperti vitamin A, B1, B2 dan C, ulam raja yang banyak mengandungi air ini turut mempunyai protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, fosforus, ferum, natrium, kalium dan niasin.Ulam raja mudah dibiak menerusi semaian biji benih walaupun tanpa penjagaan rapi.
Cekur atau nama saintifiknya, Kaempferia galanga turut mempunyai bau yang membangkitkan selera.Tumbuhan herba yang hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun ini tumbuh di kawasan yang lembap dengan sedikit teduhan.Rizom cekur antara lain berfungsi mengecutkan rahim, membuang angin, sakit sendi dan melancarkan haid. Selain membantu melegakan batuk dan mengurangkan bengkak, ada juga menjadikan bedak merawat jerawat.Kajian mendapati rizom cekur mempunyai sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere dan asid sinamik.Penggunaannya memang meluas khususnya di kalangan masyarakat Nusantara. Di kalangan masyarakat Melayu zaman dulu, rizom cekur, jerangau dan beberapa rempah lain digunakan untuk merawat demam malaria. Masyarakat Cina banyak menggunakan rizom cekur misalnya untuk mengubati sakit gigi serta menghilangkan kelemumur dan kutu kepala.Di samping menjadi bahan pembuka selera sajian, masyarakat berkenaan menggunakan cekur untuk membuang angin dalam perut, mengubati sembelit dan sakit kepala.
Wanita Indonesia juga banyak memanfaatkan kebaikan cekur untuk memanaskan perut untuk wanita selepas bersalin di samping merawat bengkak dan kebas otot. - Harian Metro.

pantun YXGA6180

Ambil segulung kertas buat rokok
Sudah diambil mari nyalakan
Duduk termenung tengok projek
Melihat kot ada kekawan yang tolog siapkan.

Air tawar ditambah gula
Lalu dihidang beralaskan kain
Memang sengaja mencari bala
orang lain buat projek dia buat hok ... lain.

Bertelepuk emas diatas kain
Ada sirih bergambir tiada
Kalau dok asyik atas angin
Orang dok atas pentas dia tiada.

Ambil gendang di kampung Kandis
Ditabuh ramai ditingkah biola
Makin dipandang semakin sadis
Satu ayat pun tak boleh mula.

Anak raja mendaki bukit
Patah galah dalam perahu
Pegang pen sendi mula sakit
Pastu abuk pun tak tahu.

Burung nuri burung helang
Tidak sama terbang tinggi
Dok rumah buat projek seorang-seorang
Kot-kot asyik membuta dari pagi.

Batu loyang buat asahan
Batunya hitam seruas jari
Masa berlalu tak mampu ditahan
Bimbang ada takut pun ada..apo nak jadi.

...pening ..fening...kening..!!

Sunday, May 17, 2009

sms...oh sms..

Apabila tiba hari tertentu...maka sms akan masuk bertalu-talu. Era TMK telah mencorakkan hidup kita. Masa itu jugalah..ramai yang kaya..tokey syk komunikasi...his..his..entah berapa juta depa dapat.. sempena 16 mei? SMS aku pun banyak yang sangkut sehingga coretan ini ditaip. Persoalan..? nak boikot sms?...nak hantar kad?..nak email?..nak ....nak sms....juga? Buat la jang!
Kalau boleh nak juga jadi tokey sms !...atau cikgu raja sms!..siapa ye?.

Guru...sekolah ...asrama...anak.

Dah jadi rutin baru ..sejak anak masuk asrama kena jenguk 2 minggu sekali. Hari minggu ramai ibu bapa datang jenguk anak-anak sambil bawa makanan..termasuklah kami. Anak kedua merungut sebab ..dia dakwa kakak dapat makanan yang best. Susah jugak cam ni..(ada diskriminasi)....
Bila diperhatikan ...yang ramai ialah...keluarga pelajar menengah rendah ..mana hok keluarga senior?..Sebenarnya hal ini dah macam biasa...masa aku jadi waden dulu cam tu juga...Sebenarnya ibu bapa jangan silap..anak2 sentiasa memerlukan bimbingan dan perhatian sepanjang masa..terutama yang dah dewasa. Di asrama macam boleh berlaku....tanpa kita sedari.. Dah la tu, bila dah senior..anak-anak kita boleh bawa macam2 watak...pokoknya ibu bapa kena curiga dengan anak-anak pada bila-bila masa. Jangan dah berlaku...salahkan cikgu dan sekolah aje...
Hari minggu, paling mencabar buat waden..macam kerenah akan timbul..anak nak balik la..nak keluar la... Cabaran untuk waden...jangan pening kepala udah la.. (aku dulu begitu juga....kena pandai madah berhelah la).
Asrama MOZAC ni banyak kera...macam kehidupan pelajar dah sebati dengan kera lak. Di mana-mana ada kera....aku rasa la pihak sekolah kena melakukan tindakan proaktif. Kewajiban berjaga-jaga kena dilakukan. Jangan wujud kes baru nak bertindak...sakit nanti.
Apa pun..guru-guru ..selamat hari guru.

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru!
Semoga perjuangan dan usaha anda mendidik anak bangsa Malaysia akan berterusan. Semoga Allah S.W.T memberi anda tenaga, kecekalan dan keikhlasan mendidik anak-anak.
Buat guru-guru ku di mana jua kalian...semoga panjang umur, murah rezeki, sihat dan bahagia di dunia dan akhirat..amin!
Aku masih merindui suara kalian.....hanya gambar lama (yg masih ada la) ..memberi seolah-olah peristiwa berkenaan baru berlalu...
selamat hari guruuuuuuuuuuuuuuuu.

Perintah berkurung

Proses mendidik anak memerlukan suatu masa yang dinamakan "perintah berkurung". Istilah ini aku jumpa semasa membaca buku karya Abd Jalili Ali (2008) Asam Garam Gula & Kopi. Dalam menghadapi cabaran semasa anak-anak wajar dikenakan "perintah berkurung". Istilah rempit, bohsia, dadah, disko dan maccam-macam lagi seolah senonim dengan anak muda. Ibu bapa kian risau..termasuk aku yang ramai anak lelaki. Konsep perintah berkurung dah lama diamalkan. Zaman dulu ibu bapa mengunakan istilah hantu. Macam-macam hantu wujud jika waktu malam. hantu pocong, bungkus, kum-kum, jin, hantu raya dll...Ini yang membuatkan anak-anak takut nak keluar malam. Pasa masa ini, hantu dah tak ditakuti...sebab orang pun dah lebih hebat dari hantu (perangai la).
Jika ibu bapa membiarkan anak-anak keluar rumah tanpa disoal...bagaimana nak laksanakan "perintah berkurung". Peranan ibu bapa penting dalam mendidik anak-anak terutamanya ketika masih dianggap rebung. Bahkan ..ibu dan bapa pun kena jadi contoh kalau nak laksanakan konsep ini. Jangan jadi ketam yang mengajar anak nye berjalan betul tetapi.....dia...yang pincang.
Semoga ibu bapa masa kini berusaha mendidik anak-anak dengan baik. Amalan dahulu ..elok difikirkan dan diselaraskan dengan peredaran masa. Bak masak lemak ikan keli..asam, garam, santan, cili, air mesti seimbang....kalau tak...jadi masak lemak yang jalang.....

Thursday, May 14, 2009

kelangsungan hidup di suatu negeri ....

STATUS MB: ZAMBRY IBARATKAN DIRI SEBAGAI GHANDI , MANDELA - mStar



Menteri Besar sejak Februari lalu, . Zambry Abdul Kadir melihat dirinya ibarat pemimpin terkenal Mahathma Gandhi dan Nelson Mandela dalam menegakkan kebenaran di Perak.Beliau turut memberi amaran kepada Pakatan Rakyat supaya mereka tidak memandang rendah akan keupayaannya.

Kelangsungan hidup

"Jauh berjalan luas pandangan...", suasana di Indonesia memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita tentang nikmat dan kemakmuran hidup. Kita dilimpahi dengan kekayaan dan kesenangan...saudara kita disana bergelut dengan mencari sesuap makan dan minum. Di sudut-sudut kaki lima, depan kedai atau di mana sahaja..mereka berniaga...semua ada...seperti nasi kucing pun ada...nampak sedap ttp takut nak cuba...

Pujukan peniaga di Candi Barabodor..
Mana nak dipilih??


pening kepala...

Nik di depan gerai dekat hotel kami...










Wednesday, May 13, 2009

Sikap dan kesedaran

Kemudahan dan kemodenan di negara kita ..dikatakan hebat.....tak macam sesetengah negara. tetapi sikap rakyat negara kita jauh dari itu...Lihat saja cara penggunaan tandas, pembuangan sampah dan pemandu kereta... Baru-baru ni..cuti 1 mei..jalan sesak namun ramai yang memandu di lorong kecemasan..agak-agaknye nak tercirit kot. Kereta hebat...tapi sikap dan tindakan tak ade qualiti....agaknya sampai bila baru rakyat negara ini mempunyai kesedaran.. tak terlepas pemandu negara jiran kita .....pun sama..nampak je lebih maju tapi tingkah laku sama jugak..agaknya lepas kandang kot......sampai bila lah baru berubah ni??

Saturday, May 2, 2009

Panorama Sepang




Keindahan pantai Bagan Lalang di sebalik projek...GC


Sekali sekala...lihat keindahan pantai memang menarik. Namun kerakusan manusia kadang kala telah memusnahkan keindahan dan kebersihan pantai. Masih sukar difahami keperluaan membina tempat rehat hingga ke kawasan laut. Masih banyak tanah kosong di bumi kita. Aspek yang penting ialah kebersihan alam semulajadi. Kita boleh melaungkan cintai alam semulajadi namun adakah tindakan kita menggambarkan situasi berkenaan?