Monday, June 29, 2009

Hakim pun merotan...

Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal Abidin Kamarudin, Jumaat lalu telah membuat keputusan menjatuhi hukuman rotan terhadap seorang pemuda berusia 20 tahun yang mengaku bersalah atas tuduhan merompak. Pemuda itu dikenakan hukuman 10 sebatan di premis mahkamah pada 15 Julai ini dengan Zainal Abidin sendiri akan melaksanakan hukuman itu, sambil disaksikan ibu bapa pesalah. Dalam keputusan yang jarang dibuat itu, Zainal Abidin menjelaskan hukuman sebat menggunakan 10 rotan halus yang disediakan mahkamah akan dilaksanakan terhadap Muhammad Syafiq Abd Wahab, 20, seperti diperuntukkan Seksyen 293 (1) (c) Kanun Acara Jenayah.

Kegawatan masalah sosial remaja mesti ditangani oleh semua pihak. Kalau cikgu asyik disalahkan apabila merotan pelajar, elok direnung tindakan hakim berkenaan. Agaknya hakim berkenaan dah naik geram dengan sikap dan cara pemuda itu menjelaskan sebab dia merompak. Ibu bapa mesti mengawasi, menegur dan mendenda jika mereka melakukan kesalahan di rumah.
Masalah utama ialah ramai ibu bapa yang menggunakan kaedah psikologi tanpa mengira keadaan. Jika perlu dirotan maka elok dilaksanakan...(fikir-fikirlah wahai ibu bapa).

No comments:

Post a Comment