Tahukah anda bilakah berakhirnya waktu untuk solat Isyak?
Banyak orang menyangka bahawa mereka boleh menangguhkan solat Isyakselagi tidak masuk waktu Subuh atau terbit fajar. Sedangkan Allah S.W.T. memerintahkan kita melakukan solat tepat pada waktunya.
Waktu Isyak bermula daripada mega merah sehingga pertengahan malam yang pertama. Menurut pendapat ulama, pertengahan malam yang pertama itu berada pada jarak masa pukul 1.00 pagi hingga ke pukul 2.00 pagi. Rasulullah s.a.w melarang mengerjakan solatIsyak pada pukul 3.00 atau 4.00 pagi. Jika sesiapa mengerjakan solat pada waktu tersebut, ia diibaratkan seperti solat Subuh pada pukul 9.00 pagi.Ini bermakna, waktu tersebut bukan waktu akhir untuk solat Isyak. Jika seseorang itu melakukan solat di luar waktu yang telah ditentukan, dia telah menyalahi perintah Allah. Hukumnya adalah berdosa.
Ada juga yang menyatakan bahawa :
"waktu isyak bermula apabila berakhirnya waktu maghrib. Ia berterusan sehingga terbitnya waktu fajar sadoq. tetapi waktu ikhtiar bagi solat isyak ialah anda tidak melewatkannya lebih daripada 1/3 pertama daripada malam'
Sebaik-baiknya solatlah sebaik sahaja masuk waktu.
Sebagaimana firman-Nya"Sesungguhnya solat itu adalah wajib ke atas orang-orang yang beriman dengan ketetapan yang telah ditetapkan waktunya." (An-Nisa': 103)
Ingatan untuk diriku sendiri?
* dipetik dari idhamlim.blogspot.com
Terima kasih myfamily dulu masa anak2 kecik jam 5 pagi baru solat isyak. Sekarang dah tahu tak boleh lengah2 kan solat isyak. lagi pun isyak ni kalu masuk waktu tak terus ditunaikan...iblis banyak menghasut...agar dilengah2kan....banyak cerita kat tv menarik uuntuk ditonton..
ReplyDeleteapa salahnya , dah masuk umur muda ni, kita pakat2 gi solat maghrib dan isyak di surau.. bawa anak sekali
ReplyDelete