Saturday, October 8, 2011

Duit oi duit

Bajet 2012 dah pun dibentangkan. Alhamdulillah... bagi yang ada rezeki, adalah rezekinya, bagi yang 'tak berezeki' dalam bajet ni, nak buat macam mana??? Nama pun tak dak rezeki.
Macam tahu-tahu pulak, peti sejuk aku buat hal lah pulak. Dok tengah pikianq ni, tang mana kategori aku???

Monday, August 22, 2011

Fasa ke-3

Pada saat ini umat Islam telah memasuki fasa ke-3 bulan ramadan. Pada peringkat ini dianggap "fasa pecutan"....dalam menjalani ibadah. Hal ini kerana dalam sikit masa lagi ramadan akan meninggalkan kita.
Begitu juga dengan senario di sekolah. Pelajar UPSR, PMR n SPM sepatutnya dalam fasa ke-3. Fasa ini memerlukan daya tahan dan fokus yang tinggi. Namun agak malang sebahagian pelajar masih dalam keadaan yang santai. Masa peperiksaan percubaan boleh lena hingga meleleh air liur basi....apa dah jadi?
Mereka menganggap pelajar suatu yang membebankan. Jadi bagaimana sekolah nak mewujudkan suasana belajar agar pelajar tidak lena!

Wednesday, August 3, 2011

Penang = Pening

Selamat menjalani ibadat ramadan. semoga kita dipanjangkan usia dan kesihatan agar terus mampu menjalani ibadat semaksimum yang boleh.

Tanpa disedari sudah 8 bulan aku bermastautin di utara. Seperkara yang akau perhatikan ialah keadaan trafik yang memeningkan kepala.
Gaya pemanduan di sini sukar untuk diucapkan. Masing-masing menunjukkan kecekapan pemanduan yang mengagumkan macam pemandu F1. Agaknya kalau dilatih dengan bersistem pasti akan lahir pemandu F1 dari kawasan ini....agaknye laaaa.
Senario yang biasa dilihat ialah penunggang motor amat gemar memotong ikut kiri dah la tu mereka mempunyai "kepala batu"..no helmet uuu. pas tu depa rabun warna...Trafik light merah depa kata hijau...belah ikut dan je. Lelaki n perempuan sama aje. agaknya bila kenderaan mempunyai no plat mula "P" pasti berubah jadi pening.
Yang pastinya:
P = Penang
P = Pemandu Pening
P = Pusing
P = Pelik
P = Pahlawan
P = ....pembangkang...heheheheh