Monday, July 27, 2009

menanti 1 Ogos

Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) melawan Gerakan Mansuh ISA (GMI). Suatu tindakan yang menunjukkan ketidakcerdikan pemimpin (kononnya). Apa yang hendak ditunjukan oleh Magaran..mungkin politik terdesak.Kot buat asing-asing tak ada sambutan. Apabila bersama GMI meriah sikit. Tapi yang sedih dan keliru mengapalah tidakbijaknya merancang untuk "bertempur".
Apa-apa pun teringin melihat rakan-rakan-ajehe, JH, nanatanjung atau pengakapSeumurhidup dalam kelompok berkenaan.

Indahnya menjadi orang baru.

Dalam minggu ini, saya tidak bersemangat hendak menulis. Banyak nak dicurahkan namun berat jari nak menaip. Suasana sekolah seperti biasa, baru lepas ujian bulan. Agaknya menjadi guru baru di sekolah baru memang menarik. Semua menjadi baru termasuklah sistem kerja, suasana kelas, pelajarnya, rakan-rakan dan macam-macam. Mulut kena ringgan bertanya kalau tidak 'tercicir' maklumat dan sistem kerja yang digunakan. Kekadang terasa seperti rusa masuk bandar!
Buat masa ini tiada tugas diberikan...seperti guru baru! Santai..hari-hari tertumpu dengan PnP, baca novel dan menanda tugasan pelajar. Agaknya sampai hujung tahun macam ni. Almaklumlah sekejab lagi bulan ramadhan dan peperiksaan percubaan...

Thursday, July 16, 2009

UBAN

Menurut Kamus Dewan (hlm 1505), uban ialah rambut yang sudah putih (mulai menjadi putih). Uban pada kebiasaannya dikaitkan dengan orang yang sudah lanjut usianya.

Apakah pandangan anda yang tidak beruban apabila melihat orang yang beruban (banyak)? Tentulah kalau dilihat dari jauh, maka orang itu akan dikatakan orang yang sudah berumur. Tetapi, kalau dilihat dari dekat, kelihatannya orang itu begitu muda, atau agak muda, apakah pula kesimpulan anda?

Apakah pula perasaan orang yang beruban ini? Rendah diri? Bangga?

Pada pendapat saya, orang yang beruban ini sepatutnya berasa bangga akan rambut mereka kerana mereka agak istimewa berbanding insan lain. Walaupun ada ketikanya orang muda yang beruban sering dipersendakan rakan-rakan mereka, mereka sepatutnya tidak mudah berasa marah. Gunakan pendekatan positif agar orang yang mempersendakan mereka turut berasa bangga dengan mereka yang beruban.

Tuesday, July 14, 2009

Ramai beratur ambil wang di MU
Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.

Beberapa orang yang bertugas di situ memegang senarai nama yang didakwa pengundi yang tinggal di luar Manek Urai dalam daftar pemilih.Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.
Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang. - Malaysiakini

Apa dah terjadi????



Wednesday, July 8, 2009

Nasib PPSMI

PPSMI dimansuhkan mulai 2012
Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.


Saya amat berharap keputusan dan dasar yoyo tidak lagi dilaksanakan dalam Kementerian Pelajaran. Mangsanya ialah pelajar dan masa depan pelajar itu sendiri. Suatu perubahan yang hendak dilaksanakan mesti berdasarkan perancangan dan kajian yang teliti.
Sistem pendidikan bukan merupakan tempat untuk membuat eksperimen. Pelajar bukan bahan ujikaji. Ahli politik mesti sedar mereka bukan mahir semua bidang. Serahkan sesuatu bidang kepada pakarnya.
Sedih apabila memikirkan nasib pelajar yang menjadi mangsa ppsmi!

Saturday, July 4, 2009

SBP ke SM Harian

Cerita serta pengalaman rakan-rakan di SM Harian (SMH) seolah-olah menggamit saya untuk berkhidmat di situ. Pengalaman di SBP mungkin berbeza sama sekali. Bahkan rakan-rakan bilang cabarannya sangat pahit, masam, hangit, tengik dan kadang kala manis, merdu dan enak. Semua ini menjadi tarikan untuk merasainya. Bukan di SBP semua itu tiada tetapi..acuan atau kualinya berbeza.
Hajat ini hampir terbantut gara-gara sukarnya berurusan dengan pegawai di SBP (kekawan juga). Mungkin mereka sayang atau tidak mahu guru-guru berpengalaman meninggalkan SBP . Situasi ini menyebabkan saya terpaksa mengunjungi Blok E2 KPM selama dua hari (2-3 Julai 2009). Jika dilihat..situasi saya di luar bilik pengarah SBP diibaratkan seperti punguk rindukan bulan. Syukur pengarah SBP Pn. Ashah Samah amat memahami dan meluluskan permohonan saya.
Akhirnya JPNS telah mengeluarkan memo jam 2.50 pm (3 julai 09) yang mengarahkan saya bertugas di King George V, Seremban.
Saya sempat berjumpa dengan pengetua KGV walaupun sebentar dan beliau nampaknya positif dengan jenama NPQH & MPrinc.
Suatu yang menarik ialah KGV merupakan bekas sekolah isteriku. Apal ak pandangan rakannya terhadap saya???..tunggu hari isnin (6 julai).

posting....memoir lama 2

Peluang mencuba sukan memanah telah membuatkan saya mula aktif dengan sukan. Membangunkan sukan memanah dari kosong hingga berjaya menjadi johan negeri dan mendapat medal di MSSM suatu yang indah. Akhirnya mewujudkan perasaan sayang untuk meninggalkan SDAR...zon selsesa!
Akhir 2003, ramai guru berpindah dari sekolah.Tahun 2006, beberapa kawan baik berpeluang melanjutkan pelajaran. Suatu kejutan! Tiba-tiba merasa saya sudah menjadi guru senior di SDAR. Semua ini menjadi pendorong untuk saya menyambung studi.
2007 suatu tekad untuk menyambung pelajar. 2 tawaran diterima IAB atau Master. Mungkin hajat ingin menjadi pemimpin sekolah menyebabkan IAB dipilih.
Julai 2009...mesti posting semula di sekolah setelah habis Mprinc....
suatu pengalaman baru.....

Thursday, July 2, 2009

posting....memoir lama 1

20 Julai 1993..saya melaporkan diri sebagai guru di SDAR. Pada malam sebelumnya saya bermalam di rumah kenalan di Kuala Pilah. Selepas melaporkan diri saya dibenarkan tinggal di asrama bersama seorang guru komputer (sementara). Selama beberapa (1993- 1995) tahun saya menetap di Seri Wadena sebagai waden. Macam-macam peristiwa sebagai waden. Pada tahun 1998, meletakkan jawatan sebagai waden.
Sepanjang berada di SDAR, saya pernah berada dibawah pimpinan pengetua En Jamal, Tn.Hj Jalil Morah, Tn Hj Abd Rahman Awang, Tn Hj Hasmi, En Rauhi Md Isa dan Tn Hj Azam Md Atan. Sukar untuk dicoretkan..tetapi menarik diingati. Yang garang, baik, bertimbang rasa, perihatin, bengis, kreatif, inovatif dan lain-lain. Macam warna Kek Lapis Sarawak !
Pengalaman 14 tahun sebagai guru SBP cukup meninggalkan kenangan manis, mencabar, suka, duka dan macam-macam. Bertugas sebagai guru biasa, guru kelas, waden, ketua bidang dan pk koku dll ...memberi suatu pengalaman berharga sebagai guru. ..