Perjalanan ke Sg Besar mengimbau banyak kenangan. Di situ saya dilahirkan dan sebahagian besar waktu sekolah dihabiskan di kawasan berkenaan. Kenduri perkahwinan sepupu telah menemukan saya dengan saudara mara dan masakan kampung yang dirindui. Jamuan yang disediakan cukup berbeza dengan di Seremban. Berlaukan Sambal Tahun, Kacang perut (kacang loto), kurma daging dan ayam goreng. Berselera hari tu. Namun yang paling istimewa ialah tapai pulut berwarna hijau (saya gelar tapai orang banjar).
Tapai bagi saya sudah sebati dengan kehidupan kami. Arwah nenek cukup mahir dengan membuat tapai ubi dan tapai pulut. Yang istimewa tapai banjar ialah warnanya hijau. Dahulu tapai akan dibungkus dengan daun keladi. Warna hijau biasanya adalah dihasilkan dengan perahan daun asin-asin. kata arwah nenek membuat tapai ada pantang larangnya. Masa membuat tidak boleh ditegur. Lepas tu, orang perempuan datang bulan dilarang membuat tapai..nanti jadi warna merah tapai tu. Cukup nostalgia. Yang saya ingat rumah nenek selalu ada tapai. Semasa arwah ayah saya masih sihat, dia akan pergi ke rumah moyang di Peket 20 bagi merasai tapai hijau ini khususnya pada hari raya.
Apabila pakar yang membuat tapai meninggal dunia, tapai hijau sukar didapati. Peluang balik ke Sg Besar dan menghadiri kenduri memberi seribu rahmat dan merapatkan hubungan yang kian terpisah. Namun halangan komunikasi berlaku juga. Ramai 'bersurah banjar' saya tersenyum akibat terlupa kosa kata. Sehari di Sungai Besar tidak mencukupi bagi menziarahi sanak saudara. InsyaAllah 20 mei sekali lagi kami akan ke sana bagi memenuhi jemputan seorang lagi bapa saudara.
Bestnya dapat balik kampung. Tambah seronok jika masih ada saudara masa yang meraikan...
ReplyDeletePantang nenek awak tu seantero dunia...sama je bila buat tapai kena senyum kut tape mase...
tapi banyak kampung dah jadi tak seronok...orang-orang tua kita dah ramai yang tak ada...
yang tinggal generasi muda yang dah sama macam orang bandar...tak suka tamu lama-lama kat rumah..apa lagi kalau nak singgah bermalam...
kalau tak ada orang tua..balik kampung cari la hotel...
sedihnya....
Teringat jamu tapai kat bilik seminar 2 IPKUM
ReplyDelete