Semua gembira dengan pengumuman oleh pengarah IAB bahawa NPQH (2007/2008) diberi penarafan PTK. Semangat nak dapat anjakan gaji maka saya dan Nik mengadap BPPK dengan harapan dapat anjakan.
Syukur dapat berjumpa dengan Pn Rohana...pegawai di sana. Layanan yang diberikan sangat baik dan mesra...walaupun kami berjumpa pada waktu rehat tengahari.
Menurut beliau...NPQEL dan NPQH (kohort 11) diberi penarafan PTK tetapi tak boleh digabungkan dengan exam ptk saluran biasa. Sebab cara penilaian berbeza. Seperti buah mempelam dan durian...tak boleh digabungkan. Namun hal ini tetap akan dibawa ke mesyuarat peringkat tertinggi (dengan JPA) bagi keputusan.
Nasihat beliau, ambillah exam ptk seperti biasa.
p/s kalaulah durian n mempelam dapat dikahwinkan...pasti akan jumpa durian berperisa mempelam @ atau mempelam berkulit durian...@ luar durian dalam mempelam.
sama juga jika ikan keli dan ikan Yu...
ReplyDeletekalau dikahwinkan jadi keliyu...dekat-dekat
dengan keliru...
he..he...
gimik murahan betullah iab ni
ReplyDeletesama juga dengan kalau beruang dikahwinkan dengan dugong jadi begong dekatdekat lah dengan bengong .. apa2pun terima kasih atas peranan baik sebagai jk biasiswa.
ReplyDeleteSaya dah publish komen haritu.Kenapa tak ada sekarang. .............. mungkin peerbezaan ideologi politik sy dgn saudara blogger....
ReplyDelete