Monday, October 26, 2009

Hanya Jauhari yang kenal manikam

'Mengapa saya saja digelar katak?'
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan mengapa beliau sahaja yang digelar 'katak' sedangkan menurutnya ramai lagi pemimpin politik yang turut melompat parti. (Malaysiakini)

Dalam politik sekarang ini macam-macam boleh berlaku. Kesian Datuk ni yang terpaksa mempertahankan diri daripada gelaran yang 'mahal'. Kalau melaung seluruh dunia pun sukar membuang gelaran berkenaan. Biasanya orang akan menggelar berdasarkan tingkah laku dan tutur kata kita. Cara terbaik bagi mengelakkan gelaran sedemikian kita mesti melakukan sesuatu dengan beretika dan berdasarkan landasan agama Islam.
Kesian..Datuk Ibrahim kenal "menjerit" dalam akhbar buat penafian...lagipun kalau tak ada angin masakan pokok bergoyong...

Saturday, October 24, 2009

apa dah jadi ???

Nik Aziz Sanggup PAS Pecah Berikutan Cadangannya Mengadakan Muktamar Khas (BERNAMA).
Saya rasa pengikut PR tentu saya tersedu dengan saranan Tok Guru Nik Aziz. Kata orang nampak tenang rupanya bergelora cam UMNO gak ye..Agaknya sekarang ini musim parti politik bergelora musim tengkujuh. Badai dan ombak melanda tanpa mengenal parti.
Elok kiranya pengikut PR menilai semula parti yang nampak tenang tetapi bergelora.

Tuesday, October 6, 2009

awas!

Guru saman pengetua yang didakwa menjejaskan reputasinya
06/10/2009 7:01pm


KUANTAN 6 Okt. — Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Jalan Gambang di sini mengemukakan saman RM228,000 terhadap pengetua sekolah terbabit kerana didakwa menjejaskan reputasinya.

Rozilah Abdullah, 37, yang memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen di sini melalui Tetuan Balkhis Alias & Co pada 12 Ogos lepas menamakan pengetua, Aluwiyah Osman sebagai defendan.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada hari ini, namun Hakim Hassan Abdul Ghani kemudian menetapkan 5 Nov. ini sebagai sebutan semula selepas wakil Pejabat Peguam Negara memohon tempoh masa untuk memfailkan penyataan balas terhadap tuntutan saman berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Rozilah mendakwa pada 24 Julai tahun lepas, defendan memalukannya di hadapan guru lain dengan menuding jari ke arahnya serta menyatakan beliau enggan mematuhi perintah defendan.

Rozilah mendakwa defendan telah membuat satu laporan terhadapnya dan berikutan itu seorang kaunselor daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan memanggilnya ketika beliau sedang mengajar memaklumkan satu laporan telah dibuat terhadapnya.

Rozilah, yang telah bertugas selama 13 tahun sebagai guru, mendakwa akibat laporan defendan, beliau telah menerima surat bertarikh 13 Feb. 2009 yang menyatakan tiada pergerakan gaji bagi beliau untuk tahun 2009.

Beliau juga mendakwa tidak pernah diberikan peluang membela diri kerana tidak dipanggil atau diberikan peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketuanya itu. - Bernama


Awas! dah berlaku....