20 Julai 1993..saya melaporkan diri sebagai guru di SDAR. Pada malam sebelumnya saya bermalam di rumah kenalan di Kuala Pilah. Selepas melaporkan diri saya dibenarkan tinggal di asrama bersama seorang guru komputer (sementara). Selama beberapa (1993- 1995) tahun saya menetap di Seri Wadena sebagai waden. Macam-macam peristiwa sebagai waden. Pada tahun 1998, meletakkan jawatan sebagai waden.
Sepanjang berada di SDAR, saya pernah berada dibawah pimpinan pengetua En Jamal, Tn.Hj Jalil Morah, Tn Hj Abd Rahman Awang, Tn Hj Hasmi, En Rauhi Md Isa dan Tn Hj Azam Md Atan. Sukar untuk dicoretkan..tetapi menarik diingati. Yang garang, baik, bertimbang rasa, perihatin, bengis, kreatif, inovatif dan lain-lain. Macam warna Kek Lapis Sarawak !
Pengalaman 14 tahun sebagai guru SBP cukup meninggalkan kenangan manis, mencabar, suka, duka dan macam-macam. Bertugas sebagai guru biasa, guru kelas, waden, ketua bidang dan pk koku dll ...memberi suatu pengalaman berharga sebagai guru. ..
Anda selangkah lagi untuk menjadi pengetua SBP dan seterusnya ke Bahagian di KPM. Selepas beberapa ketika menjadi KPP. Apabila dah menjadi KPPM, ambillah saya menjadi pegawai khas.
ReplyDeleteJH sokong anda berkhidmat di SBP kerana lebih mudah untuk ke Putrajaya. Apabila sampai di situ maka buatlah supervision kat JH agar dapat dinaikkan gred ke JUSA B.
ReplyDeleteselamat bertugas kembali...
ReplyDeleteitula saya suka mengambil kata-kata ini
hidup ini kurang satu antara satu dan lebih satu antara satu...
NPQH pasti dapat mengharungi segala cabaran dengan baik...