Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) melawan Gerakan Mansuh ISA (GMI). Suatu tindakan yang menunjukkan ketidakcerdikan pemimpin (kononnya). Apa yang hendak ditunjukan oleh Magaran..mungkin politik terdesak.Kot buat asing-asing tak ada sambutan. Apabila bersama GMI meriah sikit. Tapi yang sedih dan keliru mengapalah tidakbijaknya merancang untuk "bertempur".
Apa-apa pun teringin melihat rakan-rakan-ajehe, JH, nanatanjung atau pengakapSeumurhidup dalam kelompok berkenaan.
Sejak menjadi penjawat awam, kita tak mainlah perkara seperti itu "demonstrasi bukan budaya kita".
ReplyDeletebetul kata jh, sebagai penjawat awam kita perlu patuh dan sentiasa membantu kerajaan melaksanakan dasar yg ditetapkan. Demontrasi tak dpt selesaikan masalah.
ReplyDeleteLihat ISA drpd sudut positif.
Jangan Gagalkan 'Satu Malaysia'
ISA adalah singkatan kepada Anak Syaitan Iblis kerana menahan sesorang yang bebas tanpa bicara sebelum di dapati bersalah. Adakah anda ingin niat anda untuk membuat jahat dikira sebagai dosa? Itulah ISA yang perlu difikirkan cara lain untuk forseeability... UPSR bukan tak bagus tetapi perlu dipinda begitu juga ISA
ReplyDeleteBeginilah kejamnya ISA
ReplyDeleteBismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......
Bagaikan binatang di zoo
Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.
Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....
Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.
*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.
**Ibu Suhaib adalah Puan Norlaila pemilik laman web http://lailagmi.blogspot.com/ @ merah hitam.