Menurut Kamus Dewan (hlm 1505), uban ialah rambut yang sudah putih (mulai menjadi putih). Uban pada kebiasaannya dikaitkan dengan orang yang sudah lanjut usianya.
Apakah pandangan anda yang tidak beruban apabila melihat orang yang beruban (banyak)? Tentulah kalau dilihat dari jauh, maka orang itu akan dikatakan orang yang sudah berumur. Tetapi, kalau dilihat dari dekat, kelihatannya orang itu begitu muda, atau agak muda, apakah pula kesimpulan anda?
Apakah pula perasaan orang yang beruban ini? Rendah diri? Bangga?
Pada pendapat saya, orang yang beruban ini sepatutnya berasa bangga akan rambut mereka kerana mereka agak istimewa berbanding insan lain. Walaupun ada ketikanya orang muda yang beruban sering dipersendakan rakan-rakan mereka, mereka sepatutnya tidak mudah berasa marah. Gunakan pendekatan positif agar orang yang mempersendakan mereka turut berasa bangga dengan mereka yang beruban.
Uban adalah peringatan tentang umur manusia. Jom keluar ke jalan dakwah
ReplyDeleteAku turut berbangga kerana menpunyai seorang rakan yang penuh dengan uban di kepalanya. Syabas, teruskan beruban.
ReplyDeletekenapa ni cerita pasal uban...
ReplyDeleteramai ke tegur....reformasi MPrinc buat u beruban...he..he.
uban tu penyeri rambut...
ada yang tak nampak penuh uban sebab bertudung...