Saturday, July 4, 2009

SBP ke SM Harian

Cerita serta pengalaman rakan-rakan di SM Harian (SMH) seolah-olah menggamit saya untuk berkhidmat di situ. Pengalaman di SBP mungkin berbeza sama sekali. Bahkan rakan-rakan bilang cabarannya sangat pahit, masam, hangit, tengik dan kadang kala manis, merdu dan enak. Semua ini menjadi tarikan untuk merasainya. Bukan di SBP semua itu tiada tetapi..acuan atau kualinya berbeza.
Hajat ini hampir terbantut gara-gara sukarnya berurusan dengan pegawai di SBP (kekawan juga). Mungkin mereka sayang atau tidak mahu guru-guru berpengalaman meninggalkan SBP . Situasi ini menyebabkan saya terpaksa mengunjungi Blok E2 KPM selama dua hari (2-3 Julai 2009). Jika dilihat..situasi saya di luar bilik pengarah SBP diibaratkan seperti punguk rindukan bulan. Syukur pengarah SBP Pn. Ashah Samah amat memahami dan meluluskan permohonan saya.
Akhirnya JPNS telah mengeluarkan memo jam 2.50 pm (3 julai 09) yang mengarahkan saya bertugas di King George V, Seremban.
Saya sempat berjumpa dengan pengetua KGV walaupun sebentar dan beliau nampaknya positif dengan jenama NPQH & MPrinc.
Suatu yang menarik ialah KGV merupakan bekas sekolah isteriku. Apal ak pandangan rakannya terhadap saya???..tunggu hari isnin (6 julai).

4 comments:

  1. dah sesuai sekolah king George V dgn anda.. ada pasukan memanah ke? Kalau tak der, kira ko punyer blue ocean ... ingat blue ocean bukan blue ... hehehe

    ReplyDelete
  2. Tahniah bro, dapat keluar SBP. JH belum tahu lagi dapat ke tak keluar dari sekolah agama.Tunggu 5 Julai keputusannya.

    ReplyDelete
  3. KGV Kluster renang dan ragbi...memanah akan cuba dijadikan BOS..atau blurrrr.

    ReplyDelete
  4. Pengetua yang hebat memang tidak gentar dengan NPQH dan MPrinc malah berbangga menjadi warga kerja bersama mereka...

    Good Luck..

    ReplyDelete