Tuesday, June 30, 2009

IPK kohort 10

Tahniah dan selamat datang kepada pelajar baru IPK Kohort 10.
Seramai 50 orang pelajar baru mendaftar dengan azam sebagai bakal pemimpin pendidikan yang berkaliber pada masa hadapan. Semoga mereka berjaya mengharungi cabaran IPK2009. Cabaran 2009 mungkin berbeza dengan cabaran 2008. Cuma jangan tugasan 2008 sama mutu dan kualitinya dengan 2009 ..sudah la.
Saya agak terkilan memikirkan nasib rakan-rakan NPQH kohort 11 yang gagal masuk ke IPK kerana ketegasan KPM dalam melaksanakan "syarat umur bawah 40 tahun". Tahun ini syarat berkenaan dilanggar sewenang-wenang oleh pihak yang membuat keputusan. Persoalan timbul bagaimana nasib NPQEL kohort 2 yang akan mendaftar di IAB sikit masa nanti. Adakah mereka akan menjadi nasib seperti kohort 11(NPQH) atau kohort 1 (NPQEL). Sukar diduga akibat ketidaktekalan pihak KPM.
SPI yang ada harus dijadikan panduan. Tetapi untuk siapa?
Namun ahli-ahli kohort 9 diucapkan tahniah kerana kita hanya membilang hari untuk menerima sijil masing-masing. 26 orang yang didik di IPK semoga dapat membentuk identiti yang berkualiti selaras dengan Mprinc.
Tahniah buat dua rakan yang akan menyambungkan pelajar ke peringkat Phd. Semoga anda berjaya mengharungi cabaran berkenaan. Saya hanya mampu memandang dengan cemburu tanpa mampu mengikuti jejak berkenaan.
Selamat berjaya IPK kohort 9 dan rakan NPQH Kohort 11!

Monday, June 29, 2009

Laksamana Cheng Ho

Laksamana Cheng Ho, Pelayar Tersohor pada Zaman Silam China

Pada musim luruh 600 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1405 Masihi, sebuah armada yang paling besar skopnya di dunia pada masa itu bertolak dari pelabuhan Sungai Yangtze di luar Bandar Nanjing, ibu negara kerajaan Dinasti Ming bagi belayar ke seberang laut. Laksamana Cheng Ho yang telah memimpin pelayaran secara besar-besaran tersebut.
Nama asal Cheng Ho ialah Ma Sanbao. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Etnik Hui yang menganut agama Islam di Yunnan, barat daya China. Datuk dan bapanya telah menunaikan fardu haji ke Mekah. Mereka mengetahui keadaan di luar negara dan suka menjelajah.Semasa berusia 10 tahun, Ma Sanbao dirampas oleh pasukan pengawal maharaja lalu dibawa ke Nanjing, lantaran itu beliau telah dilantik sebagai sida dalam istana maharaja. Ma Sanbao yang cergas dan pandai telah disukai oleh maharaja dan dianugerahi nama Cheng Ho oleh maharaja.
Semasa Cheng Ho berusia 34 tahun, Maharaja Zhu Di mengambil keputusan untuk menghantar armada bagi melaksanakan pelayaran besar-besaran ke pelbagai negara di Asia dan Afrika untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara di kawasan itu. Baginda menitahkan Cheng Ho memimpin pelayaran besar-besaran itu.
Bandar Nanjing terletak di pinggir Sungai Yangtze, sungai yang terbesar di China. Industri pengeluaran kapal sudah bersejarah lama dan sangat berkembang di Nanjing pada masa itu. Berdasarkan catatan sejarah, terdapat 34 buah bengkel pembuat kapal di luar Bandar Nanjing dan tukang-tukang kapal yang terbaik di seluruh China telah bertumpu di Nanjing. Taraf kemahiran pembuatan kapal daripada tukang-tukang tersebut merupakan taraf tertinggi bagi industri pembuatan kapal di dunia pada masa itu. Kapal "Baochuan" yang digunakan dalam pelayaran Cheng Ho ialah dibuat di Nanjing. Kapal "Baochuan" merupakan kapal layar bersaiz besar. Disebabkan pelayaran itu dilaksanakan berdasarkan titah Maharaja Zhu Di, maka kapal-kapal tersebut bukan sahaja ukurannya besar, tetapi juga diperlengkapi dengan kemudahan yang moden. Pada tahun 1957, sebuah batang kemudi sepanjang 11.7 meter daripada kapal "Baochuan" telah digali keluar daripada perut bumi di tapak bengkel pembuat kapal "Baochuan" di Nanjing. Kalau dikira berdasarkan panjang batang kemudi terseubt, maka kapal "Baochuan" armada Cheng Ho yang paling besar telah mencatat lebih sebiru tan, ini merupakan kapal yang paling besar di dunia pada masa itu.
Armada Cheng Ho terdiri daripada beberapa puluh kapal yang berbeza-beza saiznya. Jumlah keseluruhan pegawai, pedagang dan anak kapal armada Cheng Ho mencatat lebih 20 ribu orang. Sutera, barang porselin dan barang seni kraf tangan lain dimuatkan di dalam kapal-kapal tersebut. Semasa armada itu berlabuh di setiap pelabuhan luar negara, Laksamana Cheng Ho akan menganugerahkan cap mohor yang diperbuat daripada perak dan menghadiahkan cenderamata kepada raja negara-negara yang dilawati. Laksamana Cheng Ho juga menyampaikan titah Maharaja Zhu Di Dinasti Ming China yang menggalakkan negara-negara tersebut menghantar utusan melawat China agar meningkatkan pertukaran antara satu sama lain. 7 kali pelayaran seumpama itu telah dilaksanakan oleh Laksamana Cheng Ho dalam tempoh 28 tahun. Pada tahun 1435, Laksamana Cheng Ho yang berusia lebih 60 tahun meninggal dunia di India dalam pelayaran ke-7 semasa kembali ke China.Armada Cheng Ho berjaya tiba di pantai Laut Merah dan pantai timur Afrika dan telah melawat lebih 30 buah negara dan kawasan di Asia dan Afrika dalam 7 kali pelayaran itu.
Pelayaran Laksamana Cheng Ho ke negara-negara Asia dan Afrika itu telah meluaskan pandangan rakyat China dan meningkatkan pengetahuan geografi rakyat China. Pelayaran itu juga telah meningkatkan petukaran, persefahaman dan perdagangan antara rakyat China dengan rakyat pelbagai negara Asia dan Afrika. Pelayaran Laksamana Cheng Ho lebih awal separuh abad daripada Comumbus, pelayar yang terkenal di dunia.Pelayaran Cheng Ho ke seberang laut juga telah meninggalkan warisan kebudayaan dan kesenian kepada kita. Sekarang banyak sasterawan telah menggubah drama, novel, drama TV dan lain-lain untuk menggambarkan pelayaran Laksamana Cheng Ho secara besar-besaran pada masa itu, memuji sumbangan yang dibuat oleh Laksamana Cheng Ho kepada kegiatan pelayaran sedunia serta sumbangannya kepada persahabatan dan pertukaran antara China dan pelbagai negara di dunia.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Hakim pun merotan...

Hakim Mahkamah Sesyen, Zainal Abidin Kamarudin, Jumaat lalu telah membuat keputusan menjatuhi hukuman rotan terhadap seorang pemuda berusia 20 tahun yang mengaku bersalah atas tuduhan merompak. Pemuda itu dikenakan hukuman 10 sebatan di premis mahkamah pada 15 Julai ini dengan Zainal Abidin sendiri akan melaksanakan hukuman itu, sambil disaksikan ibu bapa pesalah. Dalam keputusan yang jarang dibuat itu, Zainal Abidin menjelaskan hukuman sebat menggunakan 10 rotan halus yang disediakan mahkamah akan dilaksanakan terhadap Muhammad Syafiq Abd Wahab, 20, seperti diperuntukkan Seksyen 293 (1) (c) Kanun Acara Jenayah.

Kegawatan masalah sosial remaja mesti ditangani oleh semua pihak. Kalau cikgu asyik disalahkan apabila merotan pelajar, elok direnung tindakan hakim berkenaan. Agaknya hakim berkenaan dah naik geram dengan sikap dan cara pemuda itu menjelaskan sebab dia merompak. Ibu bapa mesti mengawasi, menegur dan mendenda jika mereka melakukan kesalahan di rumah.
Masalah utama ialah ramai ibu bapa yang menggunakan kaedah psikologi tanpa mengira keadaan. Jika perlu dirotan maka elok dilaksanakan...(fikir-fikirlah wahai ibu bapa).

Saturday, June 27, 2009

solat isyak

Tahukah anda bilakah berakhirnya waktu untuk solat Isyak?

Banyak orang menyangka bahawa mereka boleh menangguhkan solat Isyakselagi tidak masuk waktu Subuh atau terbit fajar. Sedangkan Allah S.W.T. memerintahkan kita melakukan solat tepat pada waktunya.

Waktu Isyak bermula daripada mega merah sehingga pertengahan malam yang pertama. Menurut pendapat ulama, pertengahan malam yang pertama itu berada pada jarak masa pukul 1.00 pagi hingga ke pukul 2.00 pagi. Rasulullah s.a.w melarang mengerjakan solatIsyak pada pukul 3.00 atau 4.00 pagi. Jika sesiapa mengerjakan solat pada waktu tersebut, ia diibaratkan seperti solat Subuh pada pukul 9.00 pagi.Ini bermakna, waktu tersebut bukan waktu akhir untuk solat Isyak. Jika seseorang itu melakukan solat di luar waktu yang telah ditentukan, dia telah menyalahi perintah Allah. Hukumnya adalah berdosa.
Ada juga yang menyatakan bahawa :
"waktu isyak bermula apabila berakhirnya waktu maghrib. Ia berterusan sehingga terbitnya waktu fajar sadoq. tetapi waktu ikhtiar bagi solat isyak ialah anda tidak melewatkannya lebih daripada 1/3 pertama daripada malam'
Sebaik-baiknya solatlah sebaik sahaja masuk waktu.
Sebagaimana firman-Nya"Sesungguhnya solat itu adalah wajib ke atas orang-orang yang beriman dengan ketetapan yang telah ditetapkan waktunya." (An-Nisa': 103)

Ingatan untuk diriku sendiri?

* dipetik dari idhamlim.blogspot.com

Tuesday, June 23, 2009

Penarafan PTK IAB

Semua gembira dengan pengumuman oleh pengarah IAB bahawa NPQH (2007/2008) diberi penarafan PTK. Semangat nak dapat anjakan gaji maka saya dan Nik mengadap BPPK dengan harapan dapat anjakan.
Syukur dapat berjumpa dengan Pn Rohana...pegawai di sana. Layanan yang diberikan sangat baik dan mesra...walaupun kami berjumpa pada waktu rehat tengahari.
Menurut beliau...NPQEL dan NPQH (kohort 11) diberi penarafan PTK tetapi tak boleh digabungkan dengan exam ptk saluran biasa. Sebab cara penilaian berbeza. Seperti buah mempelam dan durian...tak boleh digabungkan. Namun hal ini tetap akan dibawa ke mesyuarat peringkat tertinggi (dengan JPA) bagi keputusan.
Nasihat beliau, ambillah exam ptk seperti biasa.

p/s kalaulah durian n mempelam dapat dikahwinkan...pasti akan jumpa durian berperisa mempelam @ atau mempelam berkulit durian...@ luar durian dalam mempelam.

Thursday, June 18, 2009

Hati-Hati Blogger


Penulis blog disaman RM1 juta

SHAH ALAM 18 Jun - Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Sivil di sini terhadap seorang penolong pengarah untuk menuntut ganti rugi RM1 juta kerana mendakwa difitnah.
Dr. Azwira Abdul Aziz, 41, selaku plaintif bertindak menyaman defendan, Zamihan Mat Zin, 32, Penolong Pengarah Pusat al-Quran dan Ilmu Teras (PQIT), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) yang juga pemilik blog al-ghari.blogspot.com.
Saman tersebut difailkan melalui peguam Adnan Seman @ Abdullah pada pukul 10.40 di pejabat pendaftar mahkamah tersebut. - Utusan

* Zaman kesedaran saman menyaman ni...rakan-rakan dingatkan agar menjadi blogger yang bertanggungjawab.

Monday, June 15, 2009

cuti sekolah

Apabila duduk diperantauan ini, cuti sekolah perlu dipenuhi masa dan ruang untuk menziarahi ahli keluarga. Pengorbanan ini telah "melupakan" kertas projek. Hubungan yang jauh mesti dirapatkan . Peranan ibu bapa adalah membawa anak-anak mengenali ahli keluarga apatah lagi jika ada majlis seperti kenduri. Bak membentuk suatu rangkaian ahli keluarga (web). tanpa perlu memikirkan kosnya.
Kadang kala terfikir juga langkah duduk diperantauan ini betul atau tidak. Sebabnya kita mempunyai pilihan dan peluang untuk berpindah berdekatan dengan ahli keluarga. Banyak kos melepas yang terpaksa ditanggung tinggal begini.
Apa pun tahniah kepada pasangan yang telah bertemu jodohnya.

Tahniah buat Din n Jun

Tuesday, June 2, 2009

terima kasih tok penghulu


Ucapan terima kasih kat Tok Penghulu kerana sudi memberi tunjuk ajar walaupun sibuk hendak ke Pontian. Almaklum lah..anak buah dalam kesusahan yang amat sangat.

Ucapan selamat bercuti..bro. Bila nak bawa anak buah ke sana.

Musim runtuh.

Bumbung Stadium Gong Badak runtuh
...apa dah jadi?

Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini. Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancul dan empat buah motosikal tertimbus.
- dipetik dari Malaysiakini

Monday, June 1, 2009

Kulaan


Perjalanan ke Sg Besar mengimbau banyak kenangan. Di situ saya dilahirkan dan sebahagian besar waktu sekolah dihabiskan di kawasan berkenaan. Kenduri perkahwinan sepupu telah menemukan saya dengan saudara mara dan masakan kampung yang dirindui. Jamuan yang disediakan cukup berbeza dengan di Seremban. Berlaukan Sambal Tahun, Kacang perut (kacang loto), kurma daging dan ayam goreng. Berselera hari tu. Namun yang paling istimewa ialah tapai pulut berwarna hijau (saya gelar tapai orang banjar).




Tapai bagi saya sudah sebati dengan kehidupan kami. Arwah nenek cukup mahir dengan membuat tapai ubi dan tapai pulut. Yang istimewa tapai banjar ialah warnanya hijau. Dahulu tapai akan dibungkus dengan daun keladi. Warna hijau biasanya adalah dihasilkan dengan perahan daun asin-asin. kata arwah nenek membuat tapai ada pantang larangnya. Masa membuat tidak boleh ditegur. Lepas tu, orang perempuan datang bulan dilarang membuat tapai..nanti jadi warna merah tapai tu. Cukup nostalgia. Yang saya ingat rumah nenek selalu ada tapai. Semasa arwah ayah saya masih sihat, dia akan pergi ke rumah moyang di Peket 20 bagi merasai tapai hijau ini khususnya pada hari raya.


Apabila pakar yang membuat tapai meninggal dunia, tapai hijau sukar didapati. Peluang balik ke Sg Besar dan menghadiri kenduri memberi seribu rahmat dan merapatkan hubungan yang kian terpisah. Namun halangan komunikasi berlaku juga. Ramai 'bersurah banjar' saya tersenyum akibat terlupa kosa kata. Sehari di Sungai Besar tidak mencukupi bagi menziarahi sanak saudara. InsyaAllah 20 mei sekali lagi kami akan ke sana bagi memenuhi jemputan seorang lagi bapa saudara.