Proses mendidik anak memerlukan suatu masa yang dinamakan "perintah berkurung". Istilah ini aku jumpa semasa membaca buku karya Abd Jalili Ali (2008) Asam Garam Gula & Kopi. Dalam menghadapi cabaran semasa anak-anak wajar dikenakan "perintah berkurung". Istilah rempit, bohsia, dadah, disko dan maccam-macam lagi seolah senonim dengan anak muda. Ibu bapa kian risau..termasuk aku yang ramai anak lelaki. Konsep perintah berkurung dah lama diamalkan. Zaman dulu ibu bapa mengunakan istilah hantu. Macam-macam hantu wujud jika waktu malam. hantu pocong, bungkus, kum-kum, jin, hantu raya dll...Ini yang membuatkan anak-anak takut nak keluar malam. Pasa masa ini, hantu dah tak ditakuti...sebab orang pun dah lebih hebat dari hantu (perangai la).
Jika ibu bapa membiarkan anak-anak keluar rumah tanpa disoal...bagaimana nak laksanakan "perintah berkurung". Peranan ibu bapa penting dalam mendidik anak-anak terutamanya ketika masih dianggap rebung. Bahkan ..ibu dan bapa pun kena jadi contoh kalau nak laksanakan konsep ini. Jangan jadi ketam yang mengajar anak nye berjalan betul tetapi.....dia...yang pincang.
Semoga ibu bapa masa kini berusaha mendidik anak-anak dengan baik. Amalan dahulu ..elok difikirkan dan diselaraskan dengan peredaran masa. Bak masak lemak ikan keli..asam, garam, santan, cili, air mesti seimbang....kalau tak...jadi masak lemak yang jalang.....
aku selalu dikenakan perintah berkurung semasa kecik dulu . Ada 2 cara digunakan oleh ayahku:
ReplyDelete1. Kurung di dalam bilik air- maka aku akan menangis sambil mandi
2. kurung di luar rumah (kurung juga namanya) kerana balik selepas azan maghrib