Saturday, May 23, 2009

Kesan Bunyi...

Buat bakal pengetua..adakah mungkin pengetua boleh disaman kerana tidak membuat langkah-langkah berjaga-jaga atas isu ini:

KAJIAN mendapati bunyi siren, hon kereta dan aliran trafik dalam tempoh yang lama di luar rumah atau sekolah boleh menyebabkan seseorang menghadapi risiko tinggi diserang sakit jantung. Hasil kajian penyelidik Sweden itu pastinya memberi kesan kepada pelajar sekolah di bandar yang sentiasa terdedah kepada fenomena itu setiap hari.
Kajian itu turut mendedahkan mereka yang menghadapi kebisingan jalan raya pada tahap 50 desibel secara kerap mempunyai risiko mendapat serangan jantung sebanyak 40 peratus.

Selain itu, kajian Universiti Putra Malaysia (UPM), mendapati seseorang yang terdedah kepada paras bunyi melebihi 90 dBA secara berterusan selama lapan jam setiap hari, mungkin hilang pendengaran seperti pekerja kilang yang menggunakan mesin dan mendengar muzik di disko.

5 comments:

  1. Correct!Correct!Correct! Pengetua boleh disaman jika membenarkan semua pencemaran bunyi berada di dalam kws sekolah.

    ReplyDelete
  2. Jika di sekolah pencemaran bunyi yang boleh berlaku mungkin disebabkan pelajar bising mengganggu pembelajaran murid lain....mesin rumput sebulan sekali...atau bunyi kontraktor yang mengubah suai bilik beberapa tahun sekali...

    jika sekolah kat bandar bunyi kenderaan kat luar majlis yang kena saman menganggu kebisingan murid...

    tadi masa kat sekolah PK KO bagi taklimat ada sekolah di Penang kena saman sebab guru bagi markah ko rendah kat anaknya..

    ReplyDelete
  3. Zaman berlumba-lumba saman menyaman sudah bermula

    ReplyDelete
  4. Pengetua juga boleh disaman jika tidak melaksanakan reformasi sama ada reformasi dalam pengurusan kurikulum atau reformasi minda

    ReplyDelete
  5. Memang pengetua perlu mengambil langkah berjaga-jaga berkaitan isu di atas... tetapi masalahnya ialah kebanyakkan sekolah di Malaysia ini memang terdedah kepada masalah pencemaran bunyi. Kenapa? bangunan hampir dengan jalanraya, bunyi mesin rumput, bunyi bising dari kelas bersebelahan, bunyi kipas dalam bilik darjah, dan sebut aje apa bunyinya pasti ada di sekolah so... siapa yang perlu dipersalahkan.

    ReplyDelete