Wednesday, May 20, 2009

cetusan rasa...

Kemerdekaan, kemakmuran dan keamanan negara kita bukan suatu yang wujud dengan tiba-tiba. Situasi ini, kita bersama-sama wujudkan dengan memberikan komitmen dan bertindak secara rasional serta tolak ansur. Kemerdekaan dan kemakmuran negara kita harus dipertahankan oleh semua warga Malaysia tanpa mengira idelogi politik, kaum, agama atau apa saja.

Bukan niat untuk berceloteh tetapi saya tertarik dengan kupasan Datuk Ruhanie Ahmad tentang Hindraf dalam blognya (kuda kepang). Isu ini boleh dikaitkan dengan pertelingkahan etnik di beberapa negara seperti Sri Lanka atau Bosnia.

Peristiwa perang saudara di Sri Lanka merupakan pengajaran berguna kepada kita. Tiada gunanya kita berjuang dan menindas orang lain sedangkan akhirnya negara kita miskin, porak peranda dan tidak aman. Perjuangan kaum Tamil di Sri Lanka melalui LTTE selama 30 tahun berkubur dengan kekalahan teruk dalam perang berkenaan. Kematian pemimpin utamanya iaitu Prabhakaran merupakan suatu tamparan besar kepada pergerakan berkenaan.

Bagi saya, perjuangan Hindraf harus memikirkan situasi di Malaysia. Tiada penindasan kaum di Malaysia. Isu yang timbul ialah rakyat Malaysia harus berani dan bijak menilai pemimpin atau parti pemerintah. Jangan nostalgia menjadi ukuran. Jika sesuatu pemimpin tidak layak maka rakyat mesti berani membuat perubahan. Agak malang jika wujud kumpulan yang radikal dan mahu mewujudkan ketegangan kaum di negara ini. Hayati erti perpaduan kaum, kemerdekaan dan kemakmuran.

3 comments:

  1. sammy velloo turun dulu dan India akan bersatu kembali tetapi bukan dalam MIC tetapi Pakatan Rakyat. Hina Melayu kerana kaya sebab masa miskin dulu penghormatan terhadap melayu lebih tinggi

    ReplyDelete
  2. Pendaftaran Malaysia Makkal Sakti Party (MMSP)mungkin dpt meredakan keadaan. Kumpulan ini dpt menyalurkan kehendak dan aspirasi mereke mengikut saluran politik yang sah. ........ setuju dgn pengomen pertama. Org politik utamakan kehendak peribadi.....

    ReplyDelete
  3. ingat cetusan rasa nak tulis novel tadi...

    dengar cerita dah mula bab 4...naik lrt atau bullet train...saya xpress wau...lambat sikit..

    ReplyDelete