Dalam masa beberapa hari sahaja sekolah akan cuti pertengahan penggal. Pelajar gembira tetapi ibu bapa pening kepala. Guru-guru tersenyum sedih memikirkan kerja yang tak pernah habis.
Pada masa cuti ini beberapa pertandingan peringkat MSSM akan berlangsung. N9 akan jadi tuan rumah dalam pertandingan golf. Ada guru terpaksa berkorban cuti menguruskan kejohanan. Bab claim jangan sebut ..(sensitif). Kata ekonomi negara kian pulih.....(luka dihati sembunyikan). Tugas tetap tugas!
Sampai bila la guru harus bertindak seperti "superman", "batman" atau "keluangman"..banyak sangat nak difikirkan atau dicekau...bak kata pepatah Melayu..yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran! Hajat dihati nak peluk gunung tapi tangan tak sampai!....yang pasti aku makin tak tau!
No comments:
Post a Comment