Wednesday, March 10, 2010

anak atau saudara sesusu!

Chef hidang keju daripada susu isterinya

NEW YORK - Seorang chef di sebuah restoran di kawasan perumahan Chelsea di sini, Daniel Angerer menghidangkan kepada pelanggan-pelanggan keju yang diperbuat dari susu badan isterinya, lapor akhbar New York Post semalam.
"Rasanya seperti keju susu lembu. Terasa sedikit manis," katanya.

"Perasa keju itu bergantung kepada bahan-bahan yang dihidangkan bersama dan apa yang dimakan oleh ibu tersebut," kata Angerer.

Menurutnya, susu badan tidak menjadi dadih dengan baik kerana ia mengandungi kandungan rendah protein.

Dia berkata, susu lembu perlu ditambah sedikit bagi melengkapkan teksturnya.

Katanya, selepas menyebarkan kisah mengenai usahanya menghasilkan keju susu badan manusia di Internet, beberapa pelanggan mula membuat tempahan untuk merasai keju berkenaan.

Maklum balas yang diterima daripada mereka yang pernah mencuba keju tersebut sangat positif walaupun ada pelanggan yang terasa geli untuk menjamahnya. -Kosmo(10/3/2010)


Siapa mau tokey susu ori ini kat Malaysia? Pasti ramai pelanggan n pembekalnye!...mau secawan / sepotong ??? Lepas ni apa lak ye?

1 comment:

  1. jika resepi ini tersebar ke seluruh dunia rosak binasa ummah...

    Innalillah...mudah2an dijauhkan Allah...

    ReplyDelete