Wednesday, March 10, 2010

anak atau saudara sesusu!

Chef hidang keju daripada susu isterinya

NEW YORK - Seorang chef di sebuah restoran di kawasan perumahan Chelsea di sini, Daniel Angerer menghidangkan kepada pelanggan-pelanggan keju yang diperbuat dari susu badan isterinya, lapor akhbar New York Post semalam.
"Rasanya seperti keju susu lembu. Terasa sedikit manis," katanya.

"Perasa keju itu bergantung kepada bahan-bahan yang dihidangkan bersama dan apa yang dimakan oleh ibu tersebut," kata Angerer.

Menurutnya, susu badan tidak menjadi dadih dengan baik kerana ia mengandungi kandungan rendah protein.

Dia berkata, susu lembu perlu ditambah sedikit bagi melengkapkan teksturnya.

Katanya, selepas menyebarkan kisah mengenai usahanya menghasilkan keju susu badan manusia di Internet, beberapa pelanggan mula membuat tempahan untuk merasai keju berkenaan.

Maklum balas yang diterima daripada mereka yang pernah mencuba keju tersebut sangat positif walaupun ada pelanggan yang terasa geli untuk menjamahnya. -Kosmo(10/3/2010)


Siapa mau tokey susu ori ini kat Malaysia? Pasti ramai pelanggan n pembekalnye!...mau secawan / sepotong ??? Lepas ni apa lak ye?

bila merapu...

Dalam masa beberapa hari sahaja sekolah akan cuti pertengahan penggal. Pelajar gembira tetapi ibu bapa pening kepala. Guru-guru tersenyum sedih memikirkan kerja yang tak pernah habis.
Pada masa cuti ini beberapa pertandingan peringkat MSSM akan berlangsung. N9 akan jadi tuan rumah dalam pertandingan golf. Ada guru terpaksa berkorban cuti menguruskan kejohanan. Bab claim jangan sebut ..(sensitif). Kata ekonomi negara kian pulih.....(luka dihati sembunyikan). Tugas tetap tugas!
Sampai bila la guru harus bertindak seperti "superman", "batman" atau "keluangman"..banyak sangat nak difikirkan atau dicekau...bak kata pepatah Melayu..yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran! Hajat dihati nak peluk gunung tapi tangan tak sampai!....yang pasti aku makin tak tau!

Thursday, March 4, 2010

Georgian Green 2010

Letih,mencabar dan menyeronokan apabila berhadapan dengan pelajar. Apa pun inilah hasil usaha guru (ketua aje..yg lain nengok aje) dan pelajar pada Kejohanan Olahraga KGV kali ke-84.

Siapa la ni?



PKBM dan gurunye..ok gak tu
Pasukan Seng Long..tugas sebagai guru baru...penat tetapi berbaloi-baloi-baloi..

Juara Hiasan Rumah Sukan, Perbarisan dan banyak kumpul pingat emas tetapi gagal juara kerana sukan tara kalah teruk!