Penjaga parkir diisytihar bankrap
KUALA LUMPUR: Seorang penjaga tempat letak kereta wanita yang mendakwa kad pengenalannya dicuri bagi pembelian sebuah kereta Toyota Estima hari ini diisytiharkan bankrap selepas disaman Bank Muamalat Malaysia Berhad kerana gagal membayar balik pinjaman untuk kenderaan itu.
Halimaton Din, 41, ibu kepada lima anak, yang tidak mampu menyediakan peguam untuk membela nasibnya, menitiskan air mata di luar mahkamah-BH
Sedih apabila terbaca berita sedemikian. Sudah jatuh ditimpa tangga...begitu la nasib Pn Halimaton Din. Pihak yang mendakwa wajar membuat penyiasatan dengan teliti dan jujur agar tiada berlaku peraniayaan terhadap individu yang tidak berkemampuan. Seorang yang tiada lesen memandu dan tak mampu membayar duit peguam terpaksa menerima beban yang tidak diduga.
Aduan kepada pihak polis masih menerima jawapan yang klise "masih dalam siasatan". Harus kes ini disiasat dengan cepat dan jujur agar tiada insan yang menderita. Bahkan sistem bank harus "cekap" dalam menerima dokumen yang diberikan oleh pelanggan (orang yg nak berhutang).
Pelik KP yang kononnya berkualiti dan berstatus smart kad pun masih menyusahkan insan kerdil.
Dunia! Dunia! Dunia!
kena tubuhkan suruhanjaya diraja
ReplyDeleteitu la...slogan rakyat didahulukan...tinggal slogan je...pihak berkenaan kena ambik perati
ReplyDelete