Tuesday, January 12, 2010

Mood.

Mood! Perkataan yang sering bermain di bibir pelajar atau siapa sahaja. "Cikgu tak ada mood la belajar" Ungkapan yang boleh mematikan mood cikgu mengajar. Pagi-pagi dah terpacul dibibir pelajar. Semua ini menjadi cabaran bagi guru. Apatah lagi pelajar F4. Anggapan suasana berehat atau "honeymoon" agaknya bermain dikotak fikiran pelajar. Apatah lagi dalam menunggu lamaran daripada sekolah berasrama penuh atau sekolah teknik. Nampaknya strategi baru kena dicari. Malang lagi peralatan LCD dalam kelas dah "hilang". Mana lak gi benda ni?

Apabila melihat kemudahan yang ada tetapi tiada boleh menimbulkan banyak persoalan. Mana budaya penyelengaraan? Audit dalaman bagaimana? Bukankah barang yang dikategorikan amat menarik perlu diaudit lebih kerap? atau..LCD bukan benda yang menarik ke ? Sayang wang yang banyak dilaburkan kemudian tiada penyelengaraan.

Sekolah kena membayar bil utiliti sendiri! Wah gawat ni! Apabila pengetua umumkan hal ini diperhimpunan..timbul banyak persoalan bagi guru biasa cam saya. Banyak ke duit SUWA nak tampung bil utiliti ini. ...dan bagaimana nak tampung aktiviti pelajar? Apo dah jadi? Nampak ekonomi cam ok je...!!!!...????

3 comments:

  1. kata pengetua I, semua ini untuk simpanan bagi satu projek besar di tahun hadapan/ 2012. Rupanya, simpan untuk kegunaan sebagai pembangkang di parlimen hehehe

    ReplyDelete
  2. bil bulanan mencecah RM5000 ...jangan ada sekolah yang kena cut down oleh TNB nanti...

    sebelum ni...lampu, aircond...terbiar di pasang...bila cakap boss kata tak pa kerajaan bayar...sekarang ...

    PPSMI...oghe kelate kato...perabih pitih sokmo malaysia ini...

    kat mana2 alatan rosak dan tak berfungsi..

    ReplyDelete