Tuesday, January 26, 2010

SBT

SUDAHLAH DIRI MISKIN NAK BELAJAR DI SEKOLAH MISKIN !


Petikan dari Tukar Tiub...
Sekadar renungan sahaja...sistem pendidikan kita.
sekolah bestari...kluster..SBT...(pas ni..cuba teka)

Lampu ajaib

68 sekolah teknik dijadikan sekolah vokasional menjelang 2012

DUNGUN 26 Jan. – Kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya 68 buah sekolah menengah teknik di seluruh negara akan distruktur semula untuk dijadikan sekolah menengah vokasional menjelang 2012.- Utusan Melayu


Pelik tapi benar! Apa dah jadi sistem pendidikan kita ni ye! tukar macam guna lampu aladin je...tak je kajian ke?? Pening tapi tak de ubat nye ni! Agaknya berapa lama la kekal dasar ni????Tunggu menteri baru kot!

Tuesday, January 19, 2010

Penjaga parkir diisytihar bankrap

KUALA LUMPUR: Seorang penjaga tempat letak kereta wanita yang mendakwa kad pengenalannya dicuri bagi pembelian sebuah kereta Toyota Estima hari ini diisytiharkan bankrap selepas disaman Bank Muamalat Malaysia Berhad kerana gagal membayar balik pinjaman untuk kenderaan itu.

Halimaton Din, 41, ibu kepada lima anak, yang tidak mampu menyediakan peguam untuk membela nasibnya, menitiskan air mata di luar mahkamah-BH


Sedih apabila terbaca berita sedemikian. Sudah jatuh ditimpa tangga...begitu la nasib Pn Halimaton Din. Pihak yang mendakwa wajar membuat penyiasatan dengan teliti dan jujur agar tiada berlaku peraniayaan terhadap individu yang tidak berkemampuan. Seorang yang tiada lesen memandu dan tak mampu membayar duit peguam terpaksa menerima beban yang tidak diduga.
Aduan kepada pihak polis masih menerima jawapan yang klise "masih dalam siasatan". Harus kes ini disiasat dengan cepat dan jujur agar tiada insan yang menderita. Bahkan sistem bank harus "cekap" dalam menerima dokumen yang diberikan oleh pelanggan (orang yg nak berhutang).
Pelik KP yang kononnya berkualiti dan berstatus smart kad pun masih menyusahkan insan kerdil.
Dunia! Dunia! Dunia!

Saturday, January 16, 2010

betul ke ni?

Seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menghantar komen berbentuk ugutan dalam laman Facebook berhubung isu kalimah Allah-Utusan Malaysia
- ancaman ke?
- kambing hitam / putih?
- hok ni kes pertama dan terakhir ke...?
- serius benar polis kali ni?
- takut ni!!!!!

Tuesday, January 12, 2010

Mood.

Mood! Perkataan yang sering bermain di bibir pelajar atau siapa sahaja. "Cikgu tak ada mood la belajar" Ungkapan yang boleh mematikan mood cikgu mengajar. Pagi-pagi dah terpacul dibibir pelajar. Semua ini menjadi cabaran bagi guru. Apatah lagi pelajar F4. Anggapan suasana berehat atau "honeymoon" agaknya bermain dikotak fikiran pelajar. Apatah lagi dalam menunggu lamaran daripada sekolah berasrama penuh atau sekolah teknik. Nampaknya strategi baru kena dicari. Malang lagi peralatan LCD dalam kelas dah "hilang". Mana lak gi benda ni?

Apabila melihat kemudahan yang ada tetapi tiada boleh menimbulkan banyak persoalan. Mana budaya penyelengaraan? Audit dalaman bagaimana? Bukankah barang yang dikategorikan amat menarik perlu diaudit lebih kerap? atau..LCD bukan benda yang menarik ke ? Sayang wang yang banyak dilaburkan kemudian tiada penyelengaraan.

Sekolah kena membayar bil utiliti sendiri! Wah gawat ni! Apabila pengetua umumkan hal ini diperhimpunan..timbul banyak persoalan bagi guru biasa cam saya. Banyak ke duit SUWA nak tampung bil utiliti ini. ...dan bagaimana nak tampung aktiviti pelajar? Apo dah jadi? Nampak ekonomi cam ok je...!!!!...????

Saturday, January 2, 2010

Sesi 2010

Selamat kembali ke sekolah dengan azam baru serta peralatan baru. Bagi kanak-kanak mesti ada yang teruja untuk ke sekolah. Macam-macam yang hendak dilihat atau dirasa. Manalah tahu akan dapat kerusi baru serta meja yang tidak berconteng. Kot sekolah dah berubah warna atau guru baru yang hensem dan lawa ( guru lamo pun kena buat perubahan ...baiki mana yang boleh).
Bahkan pastinya pihak sekolah serta guru sudah membuat persediaan untuk menghadapi hari pertama. Mengikut Nazir..PnP mesti dah berjalan hari pertama! Bak kereto nak mula perjalanan baru mesti semua diservis...minyak ditukar, tayar baru, econ ok..dll. Cam tu la guru..semua mesti dah sedia. Cabaran 2010 ini pasti mencabar emosi, kudrat, ilmu dan ongkosnya...
Ibu bapa pastinya mengharapkan anak-anaknya mendapat pembelajaran yang terbaik tahun ni..terutama kelas peperiksaan.

Selamat Bertugas Guru-Guru!