Friday, December 25, 2009

Kejayaan atau kegagalan..

Tahniah kepada pengurusan sekolah, guru-guru, pelajar serta ibu bapa yang telah memperoleh kejayaan dalam PMR. Sekalung tahniah kepada SDAR kerana mencapai 90% semua A. suatu pencapaian yang terbaik dalam sejarah sekolah. Sekolah KGV juga masih juara dalam kalangan sekolah harian.
Namun ada sekolah yang menjunam. Kejayaan dan kegagalan mencapai matlamat merupakan suatu hikmah tersembunyi. Banyak yang perlu dilakukan oleh pengurusan sekolah, guru-guru dan pelajar dalam meihat semula program yang ada di sekolah. Program yang ada pada tahun 2009 tidak semestinya boleh digunakan untuk pelajar 2010. Pengubahsuaian mengikut keadaan perlu dilakukan. Jangan jadikan "umpama panadol untuk ubati semua penyakit".
Selain itu, perbuatan meihat serta meniru sekolah yang berjaya dan dibawa ke sekolah sendiri banyak berlaku pada masa ini. Ingat buat lah pengubahsuaian. Asrama penuh takkan sama dengan kat Rompin tu..
Selamat bertugas buat rakan2. Siapa yang diberi tanggungjawab tu ingatlah...u kena tanggung dan jawab! Jangan guna ilmu "taici"!

3 comments:

  1. orang mengejar sekolah prestasi tinggi (SPR) , kami masih di SPR (Sekolah Prestasi Rendah), Pk1 dah offer letak jawatan.

    ReplyDelete
  2. kesian sekolah di rompin, orang pandang sebelah mata je sebab tak cemerlang akademik tapi mungkin sekolah berkenaan cemerlang dari aspek kokurikulum atau sahsiah pelajar.

    ReplyDelete
  3. That's the price we have to pay being as a teacher...

    satu hari kita dok sekolah Berprestasi tinggi (SBT) ...bila bergerak ke sekolah SPR rasanya...memang sedih kalu boleh pilih semua nak SBT....

    tapi kita serve as a gomen sivil servant...nak tak nak...agenda pendidikan negara kita kena tanggung dan jawab..betul tu pak nasir..

    ReplyDelete