Friday, December 11, 2009

Hire or Fire

Petikan dalam akhbar memetik Timbalan Menteri Pelajaran menyatakan pengetua atau guru besar boleh melantik atau memecat guru.
Berita yang menarik untuk dibicarakan. Persoalan utama adalah pengetua dah bersedia dan memahami prosedur melantik dan memecat. Kalau tak siap... sedia la untuk berbicara di mahkamah.
Kedua dah kuat ke iman di dada? Jangan dok lantik isteri, adik, sepupu dan kaum kerabat jadi cikgu. Jadi sekolah kroni! Best gak PK - isteri, PK HEM- anak, PKKOKU - Menantu, KB - ipar....hahhaha SMK Kaum Kerabat (SM3K) !

Pelik gak kenyataan ni..isu autonomi sekolah kluster tak selesai timbul yang baru. Kejab lagi muncul Sekolah Berprestasi Tinggi lak. Dengar macam2 kelebihan akan dapat. Yg pasti akan wujud jurang yang besar dalam pendidikan antara sekolah di Malaysia. kesian sekolah kat Rompin, durian guling...kg jawa..sepang..hangpa tinggal angan2 la kot

4 comments:

  1. SMKA Durian Guling sekolah pilihan kawasan Marang untuk pengetahuan En. Naser.Betullah ada orang cakap bahawa KPM merupakan kementerian gila kerana tidak ada dasar yang begitu konsisten kerana selalu sangat berubah-ubah dasar.

    ReplyDelete
  2. Yg betul sekali, tahun depan tak dak duit. Tak payah nak sibuk keluar sekolaj, ngajar jer

    ReplyDelete
  3. nak tengok nanti pak nasir jd pengetua...jd smk kaum kerabat ke tidak

    ReplyDelete
  4. Mungkin hanya sekolah tertentu yang boleh berbuat demikian dan bukan sekolah harian biasa...

    kalau isu cikgu tak mengajar pun pengetua tak boleh nak tangani macamana nak jadi begitu professional untuk melantik dan memecat guru...

    saya amat berharap KPM go underground hingga ke semua sekolah dan atasi masalah akar umbi yang menyebabkan guru-guru tidak menjalankan tanggungawab sebagai guru yang sebenarnya...

    bagus ada matlamat untuk menyamai standard sekolah luar negara yang cemerlang namun anak2 di sekolah pinggir bandar harus ditangani seiring...

    ReplyDelete