Wednesday, September 16, 2009

mula semula....

Sudah lama blog ini menyepi. Banyak yang hendak diceritakan tetapi...hilang selera la. Dalam masa yang terhad ini, aku cuba mencoretkan beberapa perkara.
Suasana ramadhan banyak menguji aku dalam mendidik anak-anak. Nampak gayanya mereka tetap bertenaga dan sentiasa ingin kesabaran seorang guru. Tugas mendidik mesti kreatif. Hanya dengan kreatif kita dapat menangani kelakuan anak-anak. kalau tidak jalan juga bagi "tangan" aje..senyap la mereka. Tapi guru jangan hilang akal dalam situasi begini. Sebagai ibu bapa yang penyayang didik la anak-anak bangsa.
Cuti sekolah tinggal 2 hari. Ada sekolah dah mula cuti hari jumaat. His kalau di SDAR dulu..dah nak kosong sekolah saat begini.Di sini masih stabil.
Nampaknya tahun ini kena bergerak awal subuh bagi mengelakkan kesesakan jalan raya. Sayangnya Plus tak bagi diskaun pada siang hari. Cekik darah punya Plus. Aku sebagai pengguna yang setia sejak dulu..tak dipedulikan. Agaknya tokey Plus tak ada hati agaknya. Bagi malam-malam buat apa..untuk menggalakkan kemalangan kot. Pak menteri pun buat tak tau je...tak apa la depa tol free.Nak ikut jalan lama lagi tak masuk akal. Apa la nasib duduk bawah dacing ni..aku tengok depa stabil je..cam dacing adil! Adil ke tak adil!

4 comments:

  1. betul tu...dalam keadaan ekonomi yang tidak baik ni belanja tu kena patut2...

    mereka kempen jimat cermat tapi guna duit rakyat sesuka hati dan ada yang tidak munasabah perbelanjaannya...

    kita kena belajar dari dunia luar....bagaimana percaturan politik sudah mula berubah apabila rakyat sudah muak...

    tapi yang kesian SPR la sibuk betul tahun ni...boleh dapat anugerah negara paling banyak pilihanraya...

    ReplyDelete
  2. Dimana ada dacing disitu ada pembangunan

    ReplyDelete
  3. dacing sudah kurang digunakan dalam kehidupan. Mungkin akan lenyap dalam setahun dua lagi kerana era digital tidak memerlukan dacing

    ReplyDelete
  4. kreatif mendidik anak tu mcm mana.
    sharelah sikit.
    dah mula terasa bahang kesukaran mendidik ank.
    terutamanya utk mentaati perintah tuhan.
    tentang Plus tu
    kalau nak juga diskaun
    bertolak mlm ke sek
    tidur kat sekolah
    sokong lg dacing

    Selamat Hari raya Aidil Fitri
    Maaf Lahir Batin
    Terima kasih krn duit raya dah dpt

    ReplyDelete