Monday, August 10, 2009

Hukum ibu bapa pesalah juvana..?

Hukum ibu bapa pesalah juvana
10/08/2009 5:32pm


PUTRAJAYA 10 Ogos - Ibu bapa pesalah juvana perlu dipertanggungjawabkan dan dihukum bagi kesalahan yang dilakukan anak-anak mereka, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah hari ini.

Beliau berkata ini akan bertindak sebagai pencegah bagi memastikan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak mereka bagi mencegah mereka daripada terbabit dengan “budak-budak nakal dan jahat”. Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan sekumpulan ibu bapa yang anak mereka terlibat dalam jenayah, Murugiah berkata adalah amat membimbangkan kerana terdapat peningkatan jumlah kanak-kanak yang melakukan jenayah.


Ehem...
Cadangan yang nampak baik tetapi kurang bijak. Apakah ibu bapa patut dipersalahkan selepas seseorang remaja itu baligh. Mungkin pengertian umur bawah 18 menimbulkan banyak masalah. Definisi remaja wajar dikaji semula. Kalaulah ibu bapa boleh dipersalahkan mungkin ahli politik atau pembuat dasar wajar didakwa sama kerana telah membenarkan pelbagai peraturan atau undang-undang yang membenarkan kelab malam, karaoke, filem dan macam-macam lagi unsur melalaikan di negara kita.
Oh sukarnya mendidik anak-anak masa kini!

2 comments:

  1. T Murugiah sudah tak relevan kerana dia telah dipecat dari partinya

    ReplyDelete
  2. ambe setuju, najib patut dihukum kerana menghapuskan islam hadhari

    ReplyDelete