Wednesday, February 10, 2010

Panas di luar dan di dalam

Saat ini cuaca agak panas, ditambah dengan arahan berjimat cermat maka penggunaan kipas, lampu serta econ dihadkan. Panas tak dapat dikhabarkan la. Dalam masa tu...banyak lak nak diselesaikan. Hari berlalu begitu pantas. Semua kena selesaikan segera..pantas..cekap....(tu yg eden lombik ni)..panas! panas! semua panas!

Tuesday, February 9, 2010

Tahniah

Tahniah DS Zamry atas kemenangan di Mahkamah. Hok kalah jangan marah ye! Mahkamah Persekutuan dah bersuara...so no pahat berbunyi ye! Nak jd MB tunggu PRU 13.
Sukar percaya tetapi itu lah kenyataannya.

Thursday, February 4, 2010

RM 89 Juta !

Pengumuman oleh Menteri Pelajaran tentang peruntukan tambahan RM 89 juta bagi kegiatan sukan dan kokurikulum merupakan suatu yang melegakan bagi penggiat bidang ini. Aku menerima berita ini suka campur duka. Almaklumlah team belum digerakkan lagi. Hajat nak jadi juara..tapi usaha terbantut... dah tu mood pun dah lari (susuah sikit nak memujuk).
Apalah KP ni..perancangan macam yoyo...kalu cikgu yang buat pasti kena bancuh..macam bancuh simen punya...apapun sebagai pelaksana dasar..ikut je la...semoga bab tuntutan perjalanan tak ada sekatan udah le!
Jumpa lagi di lapangan sasar archery!

Wednesday, February 3, 2010

Ada duit rupanya...

PUTRAJAYA: Seramai 98,747 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menikmati skim perkhidmatan baru yang membolehkan mereka mendapat penyelarasan tiga pergerakan gaji tahunan dan kenaikan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP)- Mstar.

Walaupun belum menentukan tarikh pembayaran akan dibuat tetapi wujud pelbagai persoalan berkenaan kewangan negara. Betul ke kerajaan ada duit atau "biar papa asal bergaya". Aku keliru pasal berita ni! keliru!

Tuesday, January 26, 2010

SBT

SUDAHLAH DIRI MISKIN NAK BELAJAR DI SEKOLAH MISKIN !


Petikan dari Tukar Tiub...
Sekadar renungan sahaja...sistem pendidikan kita.
sekolah bestari...kluster..SBT...(pas ni..cuba teka)

Lampu ajaib

68 sekolah teknik dijadikan sekolah vokasional menjelang 2012

DUNGUN 26 Jan. – Kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya 68 buah sekolah menengah teknik di seluruh negara akan distruktur semula untuk dijadikan sekolah menengah vokasional menjelang 2012.- Utusan Melayu


Pelik tapi benar! Apa dah jadi sistem pendidikan kita ni ye! tukar macam guna lampu aladin je...tak je kajian ke?? Pening tapi tak de ubat nye ni! Agaknya berapa lama la kekal dasar ni????Tunggu menteri baru kot!

Tuesday, January 19, 2010

Penjaga parkir diisytihar bankrap

KUALA LUMPUR: Seorang penjaga tempat letak kereta wanita yang mendakwa kad pengenalannya dicuri bagi pembelian sebuah kereta Toyota Estima hari ini diisytiharkan bankrap selepas disaman Bank Muamalat Malaysia Berhad kerana gagal membayar balik pinjaman untuk kenderaan itu.

Halimaton Din, 41, ibu kepada lima anak, yang tidak mampu menyediakan peguam untuk membela nasibnya, menitiskan air mata di luar mahkamah-BH


Sedih apabila terbaca berita sedemikian. Sudah jatuh ditimpa tangga...begitu la nasib Pn Halimaton Din. Pihak yang mendakwa wajar membuat penyiasatan dengan teliti dan jujur agar tiada berlaku peraniayaan terhadap individu yang tidak berkemampuan. Seorang yang tiada lesen memandu dan tak mampu membayar duit peguam terpaksa menerima beban yang tidak diduga.
Aduan kepada pihak polis masih menerima jawapan yang klise "masih dalam siasatan". Harus kes ini disiasat dengan cepat dan jujur agar tiada insan yang menderita. Bahkan sistem bank harus "cekap" dalam menerima dokumen yang diberikan oleh pelanggan (orang yg nak berhutang).
Pelik KP yang kononnya berkualiti dan berstatus smart kad pun masih menyusahkan insan kerdil.
Dunia! Dunia! Dunia!