Friday, November 6, 2009

Cikgu vs budak vs ibu bapa



Assalamualaikum...
Seminggu dua lagi cuti sekolah akan menjelma. Seronoklah anak-anak. Ibu bapa ramai yang dah mula berasa pening, nak-nak yang bekerja dari pagi sampai senja. Ibu bapa yang tidak mempunyai pembantu rumah, yang jauh dari keluarga pastinya risau mengenangkan anak-anak yang bakal ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan orang dewasa.

Apa nak buat? Dah terpaksa keluar mencari rezeki. Kalau di sekolah anak-anak ada pengasuh yang dibayar kerajaan. Siapa lagi kalau bukan cikgu. Kalau cikgu buat salah sikit(cikgu kan manusia), bukan main heboh lagi (sesetengah ibu bapa la). Tapi kalau anak-anak buat nakal di rumah, ayat yang biasa keluar dari mulut ibu bapa "lebih baik sekolah.....". Emak ayah saya dulu pun macam tu juga. Dan, saya sekarang pun macam tu lah juga ayatnya.

Maknanya, cikgu ni orang yang sangat-sangatlah bermakna- dalam pelbagai konteks.

Cuti sekolah, maknanya peperiksaan pun bermula. Kecut perutlah juga cikgu. Mana taknya, pelajar-pelajar ni dah macam anak-anak sendiri. Selalu cikgu doakan kejayaan mereka. Tapi, mereka ni ada minta doa kejayaan untuk diri sendiri tak? Kalau mereka tak minta doa untuk cikgu tak kisahlah, tapi untuk diri sendiri?

Ni yang saya heran ni.

Di sekolah, macam-macam program pihak sekolah adakan untuk membolehkan pelajar lulus dalam peperiksaan atau mencemerlangkan mereka. Tapi, hari-hari terakhir persekolahan ni, yang datang ke sekolah ramainya pelajar-pelajar yang "nakal-nakal" (please 3x), yang nak jumpa pakwe/makwe. Yang betul-betul nak belajar pun susah nak belajar sebab gangguan pelajar-pelajar tadi.

Yang syoknya, pabila mereka pulang ke rumah, bagi tau ibu bapa cikgu tak ngajar. Hampeh budak-budak macam ni. Kesiannya budak-budak ni, kesiannya mak bapak dan kesiannya cikgu.....

Siapa yang bersalah?????

3 comments:

  1. Mak bapak hari ini sebahagian besarnya sibuk mengejar prestasi diri. Anak-anak mereka yang kononnya cemerlang diserahkan bulat-bulat kepada guru-guru untuk mendidik tak kiralah dari pembentukan sahsiah hatta sampai ke pembentukan akidah......Pabila timbul masalah... salahkan bulat-bulat kat cikgu namun kalau berjaya ...... sesetengah selisih cikgupun dok buat tak tau....
    Namun bukan semua kalau didikan asas ibu bapa baik , kerjasama ibu bapa dan guru baik....insyaallah lahirlah generasi yang baik dan berwawasan......

    Apa yang penting apabila berlaku sesuatu pada anak-anak jangan cepat melatah...muhasabah diri dulu.......ha...ha.. hanya jauhari yang mengenal manikam

    ReplyDelete
  2. di sekolah ada 3 watak pelajar; 1. Suka ke sekolah dan ingin menuntut ilmu 2. Suka ke sekolah kerana ingin berkawan-kawan 3. Suka ke sekolah kerana disuruh ibu bapa. Maka guru hendaklah guna 3 jenis layanan.

    ReplyDelete
  3. kat sekolah ambo lagi pelik..minggu lepas seminggu g kursus Hem baru...sebelum tu ganti PKP mesyuarat...balik ke sekolah minggu ni cikgu kanan disiplin report murid perempuan panjat pagar...bila ambo round kelas tunggang langgang

    apa sudah jadi...pengetua ada, PKP ada, guru disiplin ada...mereka buat apa2???

    nk kena ikut JH ni rampas kuasa kut...hi..hi

    rupanya hari-hari potluck...dah habis periksa cikgu tak masuk kelas...patut le murid2 berpesta kat kelas...ish...ish..

    ReplyDelete