Sunday, September 27, 2009

mai bagan pinang..

Mempertahankan sebuah kemenangan...


Perjuangan...


Muzium Angkatan Tentera


Main Ombak


dan undi adalah rahsia...

saja-saja

Suasana cuti dan hari raya menggembirakan semua individu. Tetapi apabila hendak memulakan tugas seperti enjin kereta buruk. Segala semangat dah menyorok entah di mana. Apatah lagi apabila memikirkan beban yang akan mendatang. Umumnya tahu hendak menyelesaikan tetapi 'segan' bertindak. Kalau boleh hendak lari daripada masalah seumur hidup! Boleh dapat ke???
Kekadang dalam hidup ini kita tersilap langkah kerana kelemahan dan keegoan yang dalam dalam diri ini. Itu yang menyebabkan wujud 'tension' sehingga suasana tenang menjadi berkocak. Oleh itu jangan tension la...
Semua masalah boleh diatasi...
selamat kembali bertugas!

Wednesday, September 16, 2009

mula semula....

Sudah lama blog ini menyepi. Banyak yang hendak diceritakan tetapi...hilang selera la. Dalam masa yang terhad ini, aku cuba mencoretkan beberapa perkara.
Suasana ramadhan banyak menguji aku dalam mendidik anak-anak. Nampak gayanya mereka tetap bertenaga dan sentiasa ingin kesabaran seorang guru. Tugas mendidik mesti kreatif. Hanya dengan kreatif kita dapat menangani kelakuan anak-anak. kalau tidak jalan juga bagi "tangan" aje..senyap la mereka. Tapi guru jangan hilang akal dalam situasi begini. Sebagai ibu bapa yang penyayang didik la anak-anak bangsa.
Cuti sekolah tinggal 2 hari. Ada sekolah dah mula cuti hari jumaat. His kalau di SDAR dulu..dah nak kosong sekolah saat begini.Di sini masih stabil.
Nampaknya tahun ini kena bergerak awal subuh bagi mengelakkan kesesakan jalan raya. Sayangnya Plus tak bagi diskaun pada siang hari. Cekik darah punya Plus. Aku sebagai pengguna yang setia sejak dulu..tak dipedulikan. Agaknya tokey Plus tak ada hati agaknya. Bagi malam-malam buat apa..untuk menggalakkan kemalangan kot. Pak menteri pun buat tak tau je...tak apa la depa tol free.Nak ikut jalan lama lagi tak masuk akal. Apa la nasib duduk bawah dacing ni..aku tengok depa stabil je..cam dacing adil! Adil ke tak adil!