Wednesday, August 21, 2013

Mesir dan Ikhwanul Muslimin



Tentera musuh utama Ikhwanul Muslimin sejak tahun 1948









Monday, July 29, 2013

Ingat dan berfikir

ICT atau TMK telah menimbulkan fenomena baru dalam masyarakat dalam mengutarakan idea serta pendapat. wadah baru ini telah memberi ruan yang luas kepada masyarakat untuk memberi pendapat, mencari maklumat, berhibur dan macam-macam. Bak kata semuanya ada... Baik, buruk, putih , hitam, kelabu ...! Namun adakah wadah baru ini membolehkan kita menyampaikan berita yang kabur statusnya ..macam fitnah(kononnya atas kebenaran)tanpa sekatan... atau membolehkan kita mengutuk serta mencerca tanpa ada perasaan malu. Isu yang dibangkitkan atau disebarkan seolah-olah benar hingga amat mengelirukan orang ramai. Adakah tiada sekumit perasaan bersalah dihati jika berita yang disebarkan itu palsu. bagaimana pula jika tulisan atau komen itu mengguris hati atau perasaan orang lain. Bagaimana nak minta maaf pada tuan empunya diri. Bukankan dosa sesama manusia memerlukan kemaafan daripada orang yang berkenaan. Adakah kita sanggup berhadapan denganNya dengan dosa-dosa sebegini.
 Isu SK Seri Prestana sebagai contoh telah memperlihatkan manusia sanggup mengetepikan unsur-unsur keagamaan dalam meberikan komen. Adakah kita telah terdidik menjadi kurang ajar. Berilah laluan pihak berkuasa menyiasat kes ini. Agak malang apabila terbaca komen-komen yang agak kurang ajar dan menguris hati. Apalah nak jadi masyarakt pada masa ini. Ingatlah apa yang kita utarakan di TMK memaparkan akhlak, tahap pemikiran serta kekuatan iman yang ada dalam diri kita.
Selamat meningkatkan ibadat dalam bulan ramadan al-Mubarak.

Saturday, October 8, 2011

Duit oi duit

Bajet 2012 dah pun dibentangkan. Alhamdulillah... bagi yang ada rezeki, adalah rezekinya, bagi yang 'tak berezeki' dalam bajet ni, nak buat macam mana??? Nama pun tak dak rezeki.
Macam tahu-tahu pulak, peti sejuk aku buat hal lah pulak. Dok tengah pikianq ni, tang mana kategori aku???

Monday, August 22, 2011

Fasa ke-3

Pada saat ini umat Islam telah memasuki fasa ke-3 bulan ramadan. Pada peringkat ini dianggap "fasa pecutan"....dalam menjalani ibadah. Hal ini kerana dalam sikit masa lagi ramadan akan meninggalkan kita.
Begitu juga dengan senario di sekolah. Pelajar UPSR, PMR n SPM sepatutnya dalam fasa ke-3. Fasa ini memerlukan daya tahan dan fokus yang tinggi. Namun agak malang sebahagian pelajar masih dalam keadaan yang santai. Masa peperiksaan percubaan boleh lena hingga meleleh air liur basi....apa dah jadi?
Mereka menganggap pelajar suatu yang membebankan. Jadi bagaimana sekolah nak mewujudkan suasana belajar agar pelajar tidak lena!

Wednesday, August 3, 2011

Penang = Pening

Selamat menjalani ibadat ramadan. semoga kita dipanjangkan usia dan kesihatan agar terus mampu menjalani ibadat semaksimum yang boleh.

Tanpa disedari sudah 8 bulan aku bermastautin di utara. Seperkara yang akau perhatikan ialah keadaan trafik yang memeningkan kepala.
Gaya pemanduan di sini sukar untuk diucapkan. Masing-masing menunjukkan kecekapan pemanduan yang mengagumkan macam pemandu F1. Agaknya kalau dilatih dengan bersistem pasti akan lahir pemandu F1 dari kawasan ini....agaknye laaaa.
Senario yang biasa dilihat ialah penunggang motor amat gemar memotong ikut kiri dah la tu mereka mempunyai "kepala batu"..no helmet uuu. pas tu depa rabun warna...Trafik light merah depa kata hijau...belah ikut dan je. Lelaki n perempuan sama aje. agaknya bila kenderaan mempunyai no plat mula "P" pasti berubah jadi pening.
Yang pastinya:
P = Penang
P = Pemandu Pening
P = Pusing
P = Pelik
P = Pahlawan
P = ....pembangkang...heheheheh

Thursday, November 18, 2010

17 tahun

Usia yang menjadikan remaja seolah-olah dah "dewasa". 17 tahun kalau zaman dahulu dah kawin dan beranak-pinak. Zaman ini pasti usia 17 tahun sedang bertungkus lumus studi nak ambil SPM. Pokoknya 17 tahun cukup lama dan telah mendewasakan seorang remaja.
Aku bukan nak bicarakan hal remaja, tetapi tentang dah 17 tahun di NS. Semenjak 1993 aku berkhidmat di NS. Dari bujang hingga dah ade anak bujang ..aku masih stay di sini. Cuma bisikan dan pujukan isteri membuatkan aku terfikir untuk berhijrah ke tempat lain...
Pada asanya aku dah cukup selesa di sini..kekawan..kerjaya..lokasi namun..persoalannya, perlukan aku pindah? Mungkin..tetapi di mana? Pahang..Penang atau selangor ? Mengapa perlu pindah??
Aku masih berfikir tatkala...keputusan dah nyata..di skrin komputer!

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Adiladha

Selamat menyambut hari raya Qurban / Adiladha.