Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Adiladha

Selamat menyambut hari raya Qurban / Adiladha.

Wednesday, September 22, 2010

Soalan Bocor- memoir lama

Pada zaman ICT ini, sms tentang soalan yang akan kerap muncul. Hal ini mengingatkan saya pada tahun 1986 ketika hendak ambil SPM. Kami bersekolah di sekolah biasa (sek kampung). Orang panggil SSB -Sekolah Seri Bedena. Sekolah ini terletak dekat pekan Sg Besar, Selangor. Majoriti pelajarnya anak petani.
Pada petang(dekat maghrib) sehari sebelum exam BM, seorang kawan datang ke rumah bagi tahu ada soalan bocor utk BM. Sumber katanya dari sekolah berasrama penuh kat KL. Kami pun susun strategi nak sebarkan kat kekawan. Bukan senang sebab kekawan berterabur..lagi pun mana ada telefon. Transport yg ade hanya basikal. Tak kan nk mengayuh malam2. Lagi pun basikal mane ada lampu... dah tu kawasan bendang mana ada elektrik. Gelap gelita!
Akhirnya saya, amir dan zaidi memberanikan diri meminjam motor Pak Cik saya. Ok la walaupun motor buruk...(la ni dah kira antik). Tanpa lesen kami meredah malam bagi tahu kekawan.Dari satu rumah ke satu rumah. Akhir sekali rumah Iskandi (wak). Rumah paling jauh.
Rumah Wak Iskandi ni dekat Peket 100. Kira-kira 14 KM dari sekolah. kami sampai dah lewat malam. Dek nak bantu kwn kami pergi jugak.Kedatangan kami amat mengejutkan Iskandi n famili. Tak per pasal soalan bocor kami berbincang. Kiranya misi kami tercapai la.
Esok rupa kami ceria ketika melangkah ke dewan exam SSB. Bila kertas soalan dibuka..hampehhhhh. satu pun tak ade. kata orang tak den kena langsung. 100% lain. Menung la....
Keluar dewan...kami ketawa sambil kecewa. Harapan gred 1 ..sukar.
Moralnya jgan caya khabar angin!

Sunday, September 19, 2010

Raya dan Exam

Selamat menyambut hari lebaran semoga terus menjalankan ibadat seperti bulan ramadhan. Dalam pada itu jaga kesihatan (ingat pada diri ni). Lemang, rendang, tapai dan macam2 lagi yang boleh menggugat kestabilan kesihatan diri.
Dalam sibuk beraya ada insan yang dok tension sebab UPSR kian hampir. Semoga dua senario ini disesuaikan dengan sempurna. Selamat berjaya anakku.

Saturday, July 17, 2010

Subsidi.

Kerajaan telah beri rasional pengurangan subsidi beberapa barangan. Sebagai rakyat pada saat ini terpaksa menerima hujah yg diberikan. Timbul beberapa persoalan. Kata pertumbuhan ekonomi 10%..apa dah jadi.
Apakah implikasi kepada rakyat. Golongan atasan..tak pa..setakat seringgit..apa hal. Depa pun makan kat hotel..restoran ada bintang..setakat seratus tak kan jd kuid punya. Tetapi bagaimana yg berpendapatan bawah seribu...bagaimana? Depa ni dapat ke menyelam hati rakyat???? atau otak dah kelabu dgn kabus n debu bandar.
Tak kan la nk pilihan raya baru nak gula-gulakan rakyat.
Demokrasi: Kerajaan rakyat untuk rakyat!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, May 25, 2010

Jemput datang ke Seremban


Kejohanan Memanah MSSM 2010 kali ke-15
6 hingga 11 Jun 2010
venue di padang SMK King George V

Tugasan guru

Beban kerja guru tidak pernah habis dibicarakan oleh para pendidik. Bahkan sempena sambutan hari guru peringkat kebangsaan juga diumumkan penubuhan satu jawatankuasa bagi mencari penyelesaian masalah ini. Sebagai guru, saya mengalu-alukan perkara ini. Namun tindakan yang konkrit mesti dilakukan tanpa memikirkan kekangan kewangan atau sumber manusia.
Kesibukan guru melakukan kerja sampingan menjejaskan tumpuan terhadap kelas. Itu sebabnya ada guru yang tidak mampu melakukan persiapan rapi untuk pnp. Sekali gus akan menyebabkan pelajar 'terkorban'.
Dalam 2 bulan ini..kerana sibuk menyiapkan pasukan bahas, kawad kaki, Perkhemahan PKBM, srchery...telah menyebabkan tumpuan dalam kelas terganggu.
Klau semua fikir nak menang...maka masa dan tenaga dicurahkan ke arah itu..apa yang tinggal untuk kelas (P n P)..????

Sunday, April 4, 2010

Durian runtuh @ Duit jatuh

PRK Hulu Selangor menunjukkan keperihatian kerajaan akan nasib rakyat. Banyak projek turun mendadak. Bagaimana tempat lain. adakah tunggu wakil rakyat meninggal baru mai??? Takkan nak rakyat berdoa lagu tu? Aku keliru ni.Jangan lah buat perkara yang pelik...