ICT atau TMK telah menimbulkan fenomena baru dalam masyarakat dalam mengutarakan idea serta pendapat. wadah baru ini telah memberi ruan yang luas kepada masyarakat untuk memberi pendapat, mencari maklumat, berhibur dan macam-macam. Bak kata semuanya ada... Baik, buruk, putih , hitam, kelabu ...! Namun adakah wadah baru ini membolehkan kita menyampaikan berita yang kabur statusnya ..macam fitnah(kononnya atas kebenaran)tanpa sekatan... atau membolehkan kita mengutuk serta mencerca tanpa ada perasaan malu. Isu yang dibangkitkan atau disebarkan seolah-olah benar hingga amat mengelirukan orang ramai. Adakah tiada sekumit perasaan bersalah dihati jika berita yang disebarkan itu palsu. bagaimana pula jika tulisan atau komen itu mengguris hati atau perasaan orang lain. Bagaimana nak minta maaf pada tuan empunya diri. Bukankan dosa sesama manusia memerlukan kemaafan daripada orang yang berkenaan. Adakah kita sanggup berhadapan denganNya dengan dosa-dosa sebegini.
Isu SK Seri Prestana sebagai contoh telah memperlihatkan manusia sanggup mengetepikan unsur-unsur keagamaan dalam meberikan komen. Adakah kita telah terdidik menjadi kurang ajar. Berilah laluan pihak berkuasa menyiasat kes ini. Agak malang apabila terbaca komen-komen yang agak kurang ajar dan menguris hati. Apalah nak jadi masyarakt pada masa ini. Ingatlah apa yang kita utarakan di TMK memaparkan akhlak, tahap pemikiran serta kekuatan iman yang ada dalam diri kita.
Selamat meningkatkan ibadat dalam bulan ramadan al-Mubarak.