Wednesday, February 10, 2010

Panas di luar dan di dalam

Saat ini cuaca agak panas, ditambah dengan arahan berjimat cermat maka penggunaan kipas, lampu serta econ dihadkan. Panas tak dapat dikhabarkan la. Dalam masa tu...banyak lak nak diselesaikan. Hari berlalu begitu pantas. Semua kena selesaikan segera..pantas..cekap....(tu yg eden lombik ni)..panas! panas! semua panas!

Tuesday, February 9, 2010

Tahniah

Tahniah DS Zamry atas kemenangan di Mahkamah. Hok kalah jangan marah ye! Mahkamah Persekutuan dah bersuara...so no pahat berbunyi ye! Nak jd MB tunggu PRU 13.
Sukar percaya tetapi itu lah kenyataannya.

Thursday, February 4, 2010

RM 89 Juta !

Pengumuman oleh Menteri Pelajaran tentang peruntukan tambahan RM 89 juta bagi kegiatan sukan dan kokurikulum merupakan suatu yang melegakan bagi penggiat bidang ini. Aku menerima berita ini suka campur duka. Almaklumlah team belum digerakkan lagi. Hajat nak jadi juara..tapi usaha terbantut... dah tu mood pun dah lari (susuah sikit nak memujuk).
Apalah KP ni..perancangan macam yoyo...kalu cikgu yang buat pasti kena bancuh..macam bancuh simen punya...apapun sebagai pelaksana dasar..ikut je la...semoga bab tuntutan perjalanan tak ada sekatan udah le!
Jumpa lagi di lapangan sasar archery!

Wednesday, February 3, 2010

Ada duit rupanya...

PUTRAJAYA: Seramai 98,747 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menikmati skim perkhidmatan baru yang membolehkan mereka mendapat penyelarasan tiga pergerakan gaji tahunan dan kenaikan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP)- Mstar.

Walaupun belum menentukan tarikh pembayaran akan dibuat tetapi wujud pelbagai persoalan berkenaan kewangan negara. Betul ke kerajaan ada duit atau "biar papa asal bergaya". Aku keliru pasal berita ni! keliru!