Thursday, November 19, 2009

Pembangunan Sukan ?



Juru yang letih..

Bajet 2010 telah memperlihatkan peruntukan untuk Kementerian Pelajaran Malaysia telah dipotong sebanyak 2 bilion. Semua warga guru tertunggu implikasi terhadap dunia pendidikan. Hal ini telah mempengaruhi perancangan sukan tahun hadapan. Dalam mesyuarat yang dihadiri baru-baru ini, 11 sukan tidak akan dipertandingakan pada peringkat MSSM termasuklah memanah. Lain-lain sukan ialah sofbol, kriket, catur, ragbi, perahu layar, bola baling, boling tenpin, ping pong, skuasy dan merentas desa. Sukan yang tidak terlibat akan mempertandingkan untuk kategori B18 sahaja kecuali bola sepak (sukan yang selalu kalah tu) dan olahraga.

Khabarnya peruntukan untuk MSSM telah dipotong menjadi 1.5 juta berbanding sebelumnya 9 juta. Bahkan peruntukan untuk JPN pula dipotong 30% berbanding tahun sebelumnya. Jadi apa yang tinggal setelah habis dipotong....tunggul agaknya.

Wujud kemusykilan ialah sejauhmana seriusnya pihak atasan melihat sukan sebagai alat perpaduan serta membangunkan potensi pelajar? Malah tindakan ini langsung tidak membantu perkembangan sukan negara serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Langkah penjimatan bukan bererti memangsakan sukan. Kesian pelajar dan guru-guru sukan ....

Satu lagi berita yang kurang enak didengar ialah peruntukan untuk 'perjalanan' atau tnt (OS29) turut dipotong. Dengarnya jika peruntukan untuk perjalanan ini dibahagi sama rata dengan guru-guru....seorang guru hanya boleh menuntut RM 24.00 sahaja. Lebih kurang RM 2 sebulan...(Claim jalan kaki).

Rasanya hasrat PM nak pastikan pertumbuhan ekonomi 5% sukar dicapai kalau macam tu. Kalau rakyat tak berbelanja bagaimana peniaga nak perolehi wang. Seperkara lagi pakej kursus ke hotel pun dijangkakan tiada lagi tahun depan. Apalah nasib tokey hotel? Apalah nasib juru yang letih????

Friday, November 6, 2009

Cikgu vs budak vs ibu bapa



Assalamualaikum...
Seminggu dua lagi cuti sekolah akan menjelma. Seronoklah anak-anak. Ibu bapa ramai yang dah mula berasa pening, nak-nak yang bekerja dari pagi sampai senja. Ibu bapa yang tidak mempunyai pembantu rumah, yang jauh dari keluarga pastinya risau mengenangkan anak-anak yang bakal ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan orang dewasa.

Apa nak buat? Dah terpaksa keluar mencari rezeki. Kalau di sekolah anak-anak ada pengasuh yang dibayar kerajaan. Siapa lagi kalau bukan cikgu. Kalau cikgu buat salah sikit(cikgu kan manusia), bukan main heboh lagi (sesetengah ibu bapa la). Tapi kalau anak-anak buat nakal di rumah, ayat yang biasa keluar dari mulut ibu bapa "lebih baik sekolah.....". Emak ayah saya dulu pun macam tu juga. Dan, saya sekarang pun macam tu lah juga ayatnya.

Maknanya, cikgu ni orang yang sangat-sangatlah bermakna- dalam pelbagai konteks.

Cuti sekolah, maknanya peperiksaan pun bermula. Kecut perutlah juga cikgu. Mana taknya, pelajar-pelajar ni dah macam anak-anak sendiri. Selalu cikgu doakan kejayaan mereka. Tapi, mereka ni ada minta doa kejayaan untuk diri sendiri tak? Kalau mereka tak minta doa untuk cikgu tak kisahlah, tapi untuk diri sendiri?

Ni yang saya heran ni.

Di sekolah, macam-macam program pihak sekolah adakan untuk membolehkan pelajar lulus dalam peperiksaan atau mencemerlangkan mereka. Tapi, hari-hari terakhir persekolahan ni, yang datang ke sekolah ramainya pelajar-pelajar yang "nakal-nakal" (please 3x), yang nak jumpa pakwe/makwe. Yang betul-betul nak belajar pun susah nak belajar sebab gangguan pelajar-pelajar tadi.

Yang syoknya, pabila mereka pulang ke rumah, bagi tau ibu bapa cikgu tak ngajar. Hampeh budak-budak macam ni. Kesiannya budak-budak ni, kesiannya mak bapak dan kesiannya cikgu.....

Siapa yang bersalah?????