Monday, August 10, 2009

Hukum ibu bapa pesalah juvana..?

Hukum ibu bapa pesalah juvana
10/08/2009 5:32pm


PUTRAJAYA 10 Ogos - Ibu bapa pesalah juvana perlu dipertanggungjawabkan dan dihukum bagi kesalahan yang dilakukan anak-anak mereka, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah hari ini.

Beliau berkata ini akan bertindak sebagai pencegah bagi memastikan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak mereka bagi mencegah mereka daripada terbabit dengan “budak-budak nakal dan jahat”. Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan sekumpulan ibu bapa yang anak mereka terlibat dalam jenayah, Murugiah berkata adalah amat membimbangkan kerana terdapat peningkatan jumlah kanak-kanak yang melakukan jenayah.


Ehem...
Cadangan yang nampak baik tetapi kurang bijak. Apakah ibu bapa patut dipersalahkan selepas seseorang remaja itu baligh. Mungkin pengertian umur bawah 18 menimbulkan banyak masalah. Definisi remaja wajar dikaji semula. Kalaulah ibu bapa boleh dipersalahkan mungkin ahli politik atau pembuat dasar wajar didakwa sama kerana telah membenarkan pelbagai peraturan atau undang-undang yang membenarkan kelab malam, karaoke, filem dan macam-macam lagi unsur melalaikan di negara kita.
Oh sukarnya mendidik anak-anak masa kini!

Sunday, August 9, 2009

Cara Baru Penyebaran HIV

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya. .. Sila baca artikel berikutmengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa,Tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati ...Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih :
1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar
atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai
danmenimbus jarum penyuntik didalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya
terdedah akibat ombak.
2. Di kawasan permainan kanak-kanak.Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat
kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum
penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur
& kemudiannya didapati HIV positif.
3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi
apabila seorang perempuan duduk dikerusi beliau dan terasa sesuatu benda
mencucuk. Beliau berdiridan mendapati ada penyuntik dan nota
berbunyi ''Welcome to the real world, youare now HIV positive'' .Doktor telah
memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku
di Hawai jadi berhati-hati ... ...
4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan
penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman...jadi
pastikan bila anda membeli airatau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling....mungkin terdapat jarum penyuntik
didalam nya.
5. Di restoran Burger King, pesakit HIVyang juga pekerjanya meletakkan sedikit
darah di dalam burger & mencampur kandungan mayonis dan salad. Ianya seperti
sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain.

Pengarang : Dr Yasmin Anum Mohd Yusof

Syarat Untuk Hidup BAHAGIA

Sukarkah untuk mengecapi kebahagiaan? Jawapannya adalah ‘TIDAK’, jika anda mengikuti petua-petua ini. Menurut peribahasa masyarakat India ‘Bantulah perahu saudaramu menyeberangi lautan dan kamu sendiri akan sampai keseberang’. Bantuan yang diberikan akan memberi kesenangan untuk orang lain dan diri kita sendiri. Kebahagiaan seperti juga pewangi. Anda semburkan pada orang lain, nikmat keharumannya turut anda kecapi juga.
Abraham Lincoln pernah berkata, “Kebahagiaan adalah sebahagian daripada fikiran. Kebahagian fikiran tergambar melalui kebahagiaan hidup anda.”
Sekiranya anda gembira melakukan sesuatu yang anda terpaksa melakukannya, itu adalah satu kebahagiaan. Begitu juga apabila anda melakukan pekerjaan dengan bersungguh hati, penuh minat dan keseronokan, anda juga akan berasa bahagia.
Anda tentu tidak mengecapi kepuasan penuh apabila melakukan suatu tugasan dengan mudah. Tetapi apabila anda berjaya melunaskan sesuatu yang sukar, yang menuntut usaha yang terbaik, sudah pasti berasa puas dan bahagia, bukan?
Anda juga akan berasa bahagia apabila terdapatnya hubungan harmoni dengan orang di sekeliling. Sikap baik hati, suka membantu, bertolak ansur, memahami dan menyanyangi akan mengeratkan lagi hubungan serta membolehkan anda menikmati hidup dengan lebih menyeronokkan.
Senyuman seorang bayi, surat daripada seorang rakan, nyanyian burung dan cahaya yang terpancar di jendela – semuanya kelihatan kecil, tapi di dalam hati anda tentu berbunga gembira, bukan? Kadang-kadang nikmat kegembiraan itu amat sukar di tafsirkan, Cuma mereka yang merasainya sahaja dapat menikmati makna kegembiraan sebenar.
Kebahagiaan itu sebenarnya tidak sukar untuk dikecapi, dengan syarat kita hendaklah percaya bahawa “Semua yang dilakukan adalah untuk kebaikan dan cinta kepada yang Maha Esa.”
Dipetik dari: Blog Usahawan & Perniagaan M.L.M Sebenar